Baru-baru ini, tular satu video apabila peniaga dan pempengaruh makanan bakeri didakwa telah menghina netizen dalam satu sesi siaran langsung di media sosial.
Lebih hangat lagi, netizen menemui komen balas daripadanya yang didakwa menggunakan kata-kata kesat dan agresif terhadap netizen.
Artikel berkaitan: “Nak main media sosial kena kuat” – Peniaga Terkenal Di Cameron Highland Tular Gara-gara B*dohkan Orang?
Artikel berkaitan: Makin Hujan Lebat Lagi Banyak Rezeki Masuk, Pekerja Delivery Cerita Pengalaman Kerja Part-Time
Setakat semalam, ada netizen di Threads mendakwa perniagaan bakeri tersebut didakwanya sedang ‘merundum’. Menurut individu tersebut, ia berikutan dengan kes tular yang melibatkan dirinya itu.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang meluahkan rasa terkilan dengan sikap peniaga tersebut dan ada juga yang kongsikan pengalaman mereka merasai hidangan di kedai bakeri berkenaan.
Dalam isu lain, tular apabila ada netizen mendakwa tahap kebersihan di premis peniagaan bakeri itu tidak memuaskan. Mereka juga mendakwa bahawa terdapat najis tikus di premis tersebut.


Menjengah ke ruangan komen, ada netizen menyampaikan makluman mengatakan bahawa pemilik perniagaan tersebut mengatakan bahawa ianya adalah video lama, tetapi pemilik video tersebut menegaskan bahawa dia baru sahaja melawat ke kedai bakeri tersebut pada tahun ini.
Sumber : Threads, Threads 2, Threads 3

12 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















