Kes seorang lelaki didakwa mengasari isteri sehingga cedera yang menyebabkan mangsa mengalami keguguran kini menjadi sorotan netizen apabila suspek didakwa ada kaitan dengan kes keganasan rumah tangga sebelum ini.
Melihat isu tersebut, adik kepada Jahidah iaitu wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma tampil bersuara di media sosial mengenai penderitaan yang dialami kakaknya.

Fazariah Nordin menerusi hantarannya di laman Facebook berkata, kes berkaitan kakaknya bukanlah kejadian pertama kerana kebanyakan mereka berkemungkinan menarik semula laporan polis dipercayai diugut oleh individu terbabit.
“Kak Jahidah bukan kes pertama… Aku rasa kalau Kak Jahidah masih boleh bercakap, kemungkinan besar dia pun akan tarik laporan semual sebab mangsa-mangsa ni semua sudah diugut dengan sesuatu yang sangat kejam.
“Tapi ada sebab kenapa Allah beri Kak Jahidah koma, supaya selama apa yang dia aniaya orang lain akan terbongkar,” katanya.
Fazariah turut memberi gambaran bahawa individu terbabit sangat licik dan ‘tidak kosong’.
“Dia cakap macam-macam kat Kak Jahidah, dia fitnah macam-macam sebab Kak Jahidah sudah tak dapat back up diri sendiri,” dedahnya.
Artikel berkaitan: “Kami hanya mampu berserah” – Sudah 4 Tahun Terlantar, Otak Jahidah Rosak Teruk
Artikel berkaitan: Mahkamah Benarkan Bekas Suami Jahidah Tangguh Hukuman Penjara 10 Tahun
Dalam pada itu, dia juga menyatakan kes melibatkan individu tersebut sangat mengundang amarah ramai dan kali ini dia kembali melakukan hal sama kepada wanita lain.
Fazariah turut berkongsi mengenai perkembangan anak Jahidah, Eshan Nufail yang kini berstatus OKU kerana pertumbuhan yang perlahan.
Dia meluahkan rasa sedih dengan keadaan anak itu yang kini berusia lima tahun tetapi perkembangannya seperti kanak-kanak berusia dua tahun.
Sementara itu, Fazariah berharap tiada lagi yang menjadi mangsa oleh individu terbabit.
Sumber: Facebook

7 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















