Dunia hiburan tanah air kembali hangat apabila personaliti media sosial, Sarah Yasmine, tampil membuka mulut bagi memperbetulkan spekulasi yang melibatkan dirinya dengan pelakon jelita, Fify Azmi, dan pelakon popular, Niezam Zaidi.
Menerusi hantaran di akaun miliknya, Sarah menegaskan timbul salah faham di mana Fify menyangka dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan Niezam Zaidi. Jelas Sarah, keadaan sebenar adalah sebaliknya kerana Fify yang terlebih dahulu bertindak menghantar mesej (Direct Message) kepadanya.
Artikel berkaitan: “Tak payah bawa cadar” – Jumpa ‘Chat’ Dengan Wanita Lain, Fify Azmi Dedah Pernah Dicurangi
Artikel berkaitan: “Kita tahu kau nak sangat ex aku tu, kahwin je lah!” – Sarah Yasmine
“Fify sendiri fikir I ni ada hubungan dengan Niezam sebab dia dengan Niezam memang dah tak ada apa-apa dah masa dia DM I.
Jadi dia DM I cara macam nak ‘warn’ I pula pasal Niezam masih cari dia masa dia dengan I. Bukan Sebaliknya!” Tegasnya.
Bagi menjelaskan keadaan, Sarah memaklumkan bahawa status hubungannya dengan Niezam Zaidi tidak lebih daripada sekadar rakan dekat sepanjang setahun yang lalu.
“Padahal i dengan niezam KAWAN RAPAT SAHAJA SELAMA SATU TAHUN NI,” ujarnya lagi.
Mahu konflik ini diselesaikan dengan adil, Sarah turut berkongsi tangkapan skrin perbualan DM daripada Fify Azmi sebagai bukti. Malah, dia secara terbuka memetik (tag) akaun Fify dan menuntut pelakon wanita itu segera membersihkan namanya daripada terus menjadi mangsa salah faham netizen.
“Sumpah do ni kau tak clearkan nama aku, aku akan buat apa yang aku perlu buat sebab aku dengan niezam tak bersalah dalam benda ni,” katanya memberi amaran.
Setakat ini, belum ada sebarang maklum balas daripada pihak Fify Azmi mahupun Niezam Zaidi berhubung tuntutan tersebut.
Sumber: Threads

15 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















