Hakim Ikuti Perkembangan Syed Saddiq Kahwin

Pengerusi panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan berseloroh agar semua perancangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dapat diteruskan selepas keputusan majoriti memihak kepadanya.

Dalam keputusan tersebut, Syed Saddiq kekal dibebaskan daripada empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Menurut Abu Bakar, pihaknya turut mengikuti perkembangan semasa termasuk perancangan yang ingin dilakukan Syed Saddiq selepas keputusan kes berkenaan.

“Kami juga mengikuti perkembangan yang berlaku di sekeliling kami.

“Kami tahu responden (Syed Saddiq) mempunyai perancangan selepas keputusan kes ini. Kini setelah keputusan majoriti memihak kepada responden, saya berharap beliau dapat meneruskan perancangan itu (perkahwinan) dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Artikel berkaitan: “Kepada tunang, terima kasih kerana sentiasa bersama” – Bella Astillah Terharu Syed Saddiq Sambut Hari Jadi Anak

Artikel berkaitan: “Sukar untuk saya komen…” – Keputusan Rayuan Akhir Bakal Tiba, Syed Saddiq Buka Mulut Soal Rumah Tangga

Img 4502

Dalam prosiding sama, Abu Bakar turut menjelaskan bahawa hakim juga manusia biasa yang mempunyai tahap kesihatan berbeza.

Menurutnya, penangguhan kes akibat masalah kesihatan seseorang hakim bukanlah perkara luar biasa dan pernah berlaku dalam perjalanan prosiding mahkamah.

Beliau berharap semua pihak dapat memahami keadaan itu, terutama apabila sesuatu prosiding perlu ditangguhkan kerana faktor kesihatan.

Menerusi keputusan majoriti 2-1, dua hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat, bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berusia 34 tahun itu, wajar dilepaskan.

Sementara Abu Bakar menjadi satu-satunya hakim yang berpandangan berbeza apabila mendapati bekas Menteri Belia dan Sukan itu bersalah.

Abu Bakar berkata, ahli politik tersebut dibebaskan daripada pertuduhan pertama iaitu bersubahat pecah amanah namun didapati bersalah atas tiga kes lain iaitu salah guna harta dan AMLA.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.