Indera Mahkota Ft

Sebanyak 6,000 peluang pekerjaan merentasi pelbagai sektor utama kini menanti anak-anak Pahang menerusi penganjuran Karnival Kerjaya MYFutureJobs Indera Mahkota.

Karnival anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) itu bakal menghimpunkan kira-kira 30 majikan dengan tawaran gaji menarik sehingga RM10,000.

Karnival Lindung Kerjaya Myfuturejobs Indera Mahkota Pahang 2026 01 Scaled

Berikut ialah butiran dan kelebihan utama karnival kerjaya berkenaan:

  • Tarikh: 2 Ogos 2026 (Ahad)

  • Lokasi: Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan

Artikel berkaitan: Komitmen KESUMA Perkasa Pasaran Buruh Menerusi Ribuan Peluang Pekerjaan Di MYFutureJobs

Artikel berkaitan: Bermula Isnin Depan Pekerja Tempatan Boleh Pilih Untuk Tidak Meneruskan Caruman Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO

  • Akses Temu Duga: Pengunjung boleh bertemu secara terus dengan bakal majikan dan menyertai sesi temu duga terbuka di satu lokasi.

Tuesday – 14 July – Shout Out 02 Scaled

  • Perkhidmatan Percuma: Menyediakan padanan kerja, semakan serta penambahbaikan resume, pendaftaran Portal MYFutureJobs, dan khidmat nasihat kerjaya.

  • Sokongan Bimbingan: Pegawai PERKESO turut menawarkan bimbingan individu untuk membantu pencari kerja memahami pasaran buruh dan merancang hala tuju kerjaya.

Majlis berkenaan bakal dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, dan terbuka buat semua pencari kerja termasuk graduan baharu serta belia.

Sumber: PERKESO

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.