Seorang lelaki tidak mampu menahan kekecewaan apabila isterinya telah dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain dalam serbuan di sebuah rumah di Krubong, Melaka semalam.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, kekecohan tercetus apabila seorang lelaki yang dipercayai suami kepada wanita yang dicekup itu memberi amaran tegas kepada isteri sebaik sahaja individu berbaju maroon itu ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Artikel berkaitan: Bagi Alasan Sakit Perut, Remaja Lelaki Kantoi Berkhalwat Dengan Warga Indonesia Di Hotel
Artikel berkaitan: Wanita Ditangkap Berkhalwat Dengan Teman Lelaki Di Rumah Sewa Ketika Ketiadaan Rakan
Isteri dicekup masa puasa
Kejadian itu tular menerusi satu video yang berdurasi kira-kira seminit di TikTok, video tersebut memperlihatkan situasi tegang antara pasangan suami isteri tersebut. Dalam video berkenaan juga, lelaki itu marah dan kecewa terhadap isterinya itu.
“Kau aku tak tumbuk kau dah baik tau, lagi kau nak ‘langsi’ dengan aku ek.”
Dalam video yang dimuat naik itu, dilihat tangkapan itu dilakukan oleh imam yang bertugas bersama pihak penguatkuasa JAIM selepas menerima maklumat mengenai aktiviti mencurigakan di rumah berkenaan.
“Tangkapan yang dilakukan oleh imam bersama penguatkuasa JAIM menahan isteri orang berkhalwat di siang Ramadan.”

Di samping itu, semasa berlakunya kekecohan, anggota penguatkuasa meleraikan pertelingkahan antara pasangan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Wanita dan pasangannya yang dicekup itu telah ditahan di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersedudukan sehingga menimbulkan syak.
Mereka berdua dibawa ke balai polis berhampiran bagi membuat laporan sebelum dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakan lanjut.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : Berita Harian

12 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















