Kerajaan MADANI komited memastikan setiap Kerajaan Negeri menerima sokongan pembangunan dan pengurusan demi kesejahteraan rakyat, dengan peruntukan bagi Negeri Johor meningkat kepada kira-kira RM14.6 bilion berbanding RM10.2 bilion sebelum ini.
Daripada jumlah tersebut, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperuntukkan lebih RM429 juta bagi tempoh 2023 hingga 2026 untuk memperkukuh kebajikan anggota serta meningkatkan keupayaan operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), dan Jabatan Penjara Malaysia di Johor.

Projek Siap & Dalam Pelaksanaan (2023 – 2026)
Sebanyak RM174.8 juta diperuntukkan bagi membiayai siri projek yang kini telah siap dan sedang dalam fasa pelaksanaan:
-
PDRM:
-
Perolehan tanah IPD Pengerang
-
Naik taraf kuarters
-
Pembaikan/penggantian lif PDRM Johor
-
-
Jabatan Imigresen Malaysia:
-
Pembelian premis & kuarters JIM Johor Bahru
-
Kaunter pemeriksaan lori CIQ
-
Tandas awam CIQ Bangunan Sultan Iskandar
-
-
Jabatan Penjara:
-
Naik taraf sistem bekalan air dan kumbahan di Penjara Kluang
-
Naik taraf elektrik & mekanikal di Penjara Kluang
-

Projek Dalam Perancangan (2023 – 2026)
Sementara itu, baki sebanyak RM255.0 juta pula diperuntukkan khas bagi pelaksanaan projek-projek yang berada di peringkat perancangan:
- PDRM:
-
-
Pembinaan IPD Segamat
-
Pembinaan Balai Polis Segamat
-
Pembinaan perumahan
-
-
Jabatan Imigresen:
-
Penyediaan Variable Message Signage (BSI)
-
Penggabungan dewan penumpang bas KSAB
-
Naik taraf jalan konkrit KSAB.
-
-
Jabatan Penjara:
-
Naik taraf bengkel dapur Penjara Kluang
-
Naik taraf sistem bekalan air Penjara Simpang Renggam.
-
Pelaburan Demi Keselamatan Bangsa Johor
Menjaga kebajikan anggota melalui penyediaan tempat tinggal yang selesa, kemudahan operasi yang moden, serta persekitaran kerja yang kondusif adalah pelaburan penting.
Anggota yang bermotivasi akan menghasilkan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, sekali gus menjamin persekitaran yang lebih aman dan sejahtera buat rakyat Johor.
KDN akan terus memastikan setiap peruntukan yang diamanahkan dimanfaatkan sebaiknya agar kebajikan anggota sentiasa terpelihara demi keselamatan bangsa Johor dan kesejahteraan rakyat.
Sumber: Facebook

13 hours ago
16





![“Mangsa dilaporkan stabil” – [TERKINI] Kes T*kam Pelajar Di Banting](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/07/ft-kes-sekolah-banting.jpg)

























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)















![“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/03/ft-patti.jpg)


