Kpwkm Ft 3

Isu keganasan rumah tangga terus diberi perhatian apabila Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengadakan mesyuarat inter-agensi bagi meneliti aspek perundangan, pencegahan serta pengurusan kes.

Langkah ini diambil susulan kebimbangan terhadap kes yang semakin serius, terutamanya jika melibatkan kejadian berulang.

Nancy

Antara yang dibincangkan ialah:

  • Keperluan menambah baik prosedur dan sistem sedia ada;
  • Menentukan tindakan susulan yang akan diambil terhadap pelaku
  • Memastikan kes seumpama ini tidak berulang pada masa hadapan

684758121 1413770547462964 6121625977883390374 N

Artikel berkaitan: KPWKM Perkukuh Usaha Lahirkan Pemimpin Wanita Menerusi Program PERANTIS 

Artikel berkaitan: Kerajaan Perkukuh Ekonomi Wanita Menerusi Pelbagai Program & Inisiatif

Dalam menangani isu ini, pendekatan akan difokuskan kepada dua peringkat utama iaitu: 

  • Pertama: Langkah pra-keganasan rumah tangga yang menekankan pencegahan
  • Kedua: Langkah pasca-keganasan rumah tangga sebagai sokongan selepas kejadian, bagi memastikan proses sokongan berjalan dengan lancar.

Salah satu cabaran utama yang dikenal pasti adalah sikap mangsa yang memilih untuk berdiam diri atau menarik balik laporan selepas berdamai, sehingga kes menjadi lebih kritikal.

Sehubungan itu, usaha akan dipertingkat bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai tanda awal keganasan rumah tangga, selain menggalakkan komuniti untuk lebih cakna dan tidak berdiam diri jika berada di dalam situasi seperti ini. 

Pada masa sama, pengetahuan mengenai saluran bantuan seperti Talian Kasih 15999, PDRM dan perkhidmatan perlindungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut akan diperluaskan bagi memastikan ia mudah diakses.

KPWKM juga akan memperkukuh peranan agensi barisan hadapan dalam mengesan kes berisiko lebih awal, selain meneliti cadangan yang dibincangkan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan berkesan.

Sumber: KPWKM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.