YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim rasmi mengumumkan penubuhan entiti kecerdasan buatan kebangsaan, AI Malaysia Berhad di bawah Kementerian Digital bagi memacu aspirasi Negara AI 2030.
Langkah ini merupakan penaiktarafan rasmi daripada Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) yang ditubuhkan pada Disember 2024, sekali gus bertindak sebagai badan induk dalam menyelaraskan dasar serta pelaksanaan teknologi AI di peringkat nasional.

Inisiatif utama yang dilancarkan merangkumi:
-
Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030: Menggariskan 14 inisiatif sektor serta 14 inisiatif sokongan merangkumi lima pemangkin asas termasuk:
- Modal Insan Berdaya Saing Global
- Inovasi Dipacu Pasaran
- Infrastruktur Data dan Pengkomputeran
- Tadbir Urus Bertanggungjawab
- Pembiayaan dan Pelaburan Mampan
Artikel berkaitan: Pelancaran Laporan Utama GovTech, Kementerian Digital Pacu Transformasi Sektor Awam Bersama World Bank
Artikel berkaitan: Anwar Lancar Malaysia Digital 2030, Fokus Jadikan Malaysia Pengeluar Inovasi AI

-
Penubuhan Institut Keselamatan AI Malaysia: Ditubuhkan bagi memperkukuh ekosistem AI yang selamat dan dipercayai menerusi penilaian keselamatan (AI Red Teaming), pembangunan bakat, serta sokongan regulatorik.

-
Penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Tadbir Urus AI: Rang undang-undang berasaskan risiko kini dalam fasa konsultansi awam dan dijangka siap hujung tahun ini bagi memberi kepastian undang-undang.
Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo menegaskan penubuhan entiti ini memastikan pembangunan AI negara dibina atas dasar keselamatan dan kepercayaan, sekali gus memposisikan Malaysia sebagai peneraju inovasi AI serantau.
Sumber: Kementerian Digital

11 hours ago
11






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















