Kerana Terlalu Marah Lepas Hilang RM17, Guru Di Indonesia Paksa Pelajar B*gel

18 hours ago 7

Sebuah sekolah rendah di Jawa Tengah, Indonesia, menjadi tumpuan selepas seorang guru bertindak membogelkan 22 orang muridnya. Tindakan melampau itu dipercayai dilakukan selepas guru berkenaan, yang dikenali sebagai FT, berasa berang akibat kehilangan wang peribadi miliknya.

Susulan penularan video kejadian tersebut di media sosial, Dinas Pendidikan (Dispendik) Kabupaten Jember telah mengambil tindakan tegas dengan memanggil guru terbabit untuk siasatan lanjut.

Artikel berkaitan: Langg*r Pelancong Indonesia Umur 6 Tahun Sehingga M*ut, Pemandu Didakwa Salahkan Mangsa Pula?

Artikel berkaitan: Tersentuh Tengok Guru Mengaji Tahan Lapar & Berjalan Kaki, Aisar Khaled Hadiahkan Motor Serta Taja Umrah

Kepala Dinas Pendidikan Jember, Arief Tjahjono, menjelaskan bahawa tekanan perasaan dan masalah kesihatan menjadi faktor utama guru tersebut gagal mengawal emosinya ketika kejadian.

“Dia berasa terlalu marah kerana wang miliknya sudah hilang beberapa kali dan dalam kejadian kecurian terbaharu, ia melibatkan wang berjumlah 75,000 rupiah (RM17).”

Keadaan kesihatan yang kurang baik ditambah dengan tekanan menyebabkannya bertindak di luar kawalan,” ujar Arief pada Rabu.

A 698D4473Cc5Df

Kes ini mula terbongkar selepas ibu bapa murid yang terkesan hadir ke sekolah untuk membuat bantahan keras sehingga menimbulkan kekecohan. Bagi memastikan keadaan kembali tenang, pihak berkuasa pendidikan telah mengambil langkah drastik terhadap guru tersebut.

“Dia mungkin akan dipindahkan ke sekolah lain,” jelas Arief lagi.

Sebagai langkah keselamatan dan bagi meredakan kemarahan orang awam, FT kini telah digantung tugas daripada sebarang aktiviti pengajaran dan pembelajaran (KBM) di SDN 02 Jelbuk.

Peraturan Hukuman di Malaysia

Di Malaysia, garis panduan hukuman di sekolah adalah sangat ketat di bawah Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI). Antara perkara yang dilarang keras oleh KPM termasuk:

Hukuman yang memalukan seperti membogelkan, memotong rambut secara memalukan, atau memaksa murid melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah di khalayak ramai.

Hukuman Fizikal di mana guru besar atau guru yang diberi kuasa sahaja boleh mengenakan hukuman rotan (terhad pada tapak tangan atau punggung yang beralas, dan hanya untuk murid lelaki).

Jika kes seperti di Indonesia itu berlaku di Malaysia, guru tersebut boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan penderaan emosi dan seksual, selain tindakan tatatertib dibuang kerja oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |