Ft Que Fazura

Pelakon Fazura dan Que Haidar kini sedang menjadi tumpuan warganet selepas Que Haidar dilihat memberikan hadiah kepada naak Fazura iaitu Nur Fatima Aisya dalam satu video tular baru-baru ini.

Hantaran di TikTok dan telah meraih lebih daripada 300K jumlah tontonan dalam masa sehari ia dimuat naik.

Artikel berkaitan: “Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Isu Lawak ‘Kotor’

Artikel berkaitan: Que Haidar Dan Linda Jasmine Bercerai Talak Satu Lepas 15 Tahun Berkahwin

Kena ambil hati anak dulu – Netizen

@io_tn_bo

Wahhh bestnya nyamma dpt toys lahh dri Uncle Que ✨️ cc igs: @ennyridwan #fazura #jakel #fatima #quehaidar #toysrus

♬ suara asli – espresso – espresso

Menjengah ke ruangan komen ramai netizen yang mula mengusik mereka Que dan Fazura, bahkan ramai juga memuji adab Fatima terhadap Que Haidar selain nampak keserasian antara mereka berdua yang tidak kekok ketika bersembang antara satu sama lain.

Que Screenshot 2026 02 11 115333 Screenshot 2026 02 11 115439 Screenshot 2026 02 11 115512

Sebagai info, pada Oktober 2024, Que Haidar mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan mereka kini sudah bercerai setelah 15 tahun mendirikan rumah tangga bersama Linda Jasmine.

Menurut Que, biarpun mereka secara rasmi tidak lagi berstatus suami isteri pada 2 Julai tahun yang sama, mereka masih mengekalkan hubungan baik sebagai kawan demi anak mereka.

Dalam pada itu, Fazura pula telah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fattah Amin pada 7 Oktober 2024. Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.

Sumber : TikTok, Harian Metro, mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.