Pernah menjadi idaman, personaliti media sosial Cik B yang juga anak kepada usahawan popular Datuk Seri Vida (DSV) tidak menyangka kereta mewah jenama Lamborghini Urus Mansory kini menjadi miliknya.
Cik B atau Nur Edlynn Zamileen berkata dia tidak menyangka dan berasa terharu apabila impian untuk memiliki kereta idaman itu akhirnya menjadi kenyataan.
Menerusi perkongsian di media sosial, kereta yang dianggarkan bernilai sekitar RM1.6 juta itu merupakan hadiah yang diberikan oleh ibunya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-21.
“Saya memang tak sangka langsung. Mama ada tanya nak apa sempena ulang tahun kali ini dan saya ada cakap nak Lamborghini Urus warna biru.
“Tapi tiba-tiba hari ini saya dapat kejutan Lamborghini Urus warna hitam. Alhamdulillah, mama tunaikan permintaan saya, katanya.
Artikel berkaitan: “Suka hati mamalah nak pakai bulu mata 100 inci pun!” – Cik B ‘Sound’ Iqbal Zulkefli?
Artikel berkaitan: “Saya terima dia seadanya” – DSV Simpan Rasa Sedih, Dedah Cik B ‘Struggle’ Jadi ‘Girlish’
@datoserividaofficialsyahdu bunyi kereta baru anak mama🥰 #masukberanda #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandamuu #cikb
♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUTEH – QU PUTEH BARULAH PUTEH
Ujar Cik B, ada kalanya dia merasakan tidak layak untuk mendapatkan hadiah semewah ini kerana dia sudah pun memiliki Mercedes Brabus G63 pemberian DSV.
Bercerita lanjut, Cik B mendedahkan adiknya iaitu Kacak merupakan individu yang bertindak menguruskan segala proses pembelian kenderaan mewah tersebut.
“Saya rasa semua orang rahsiakan benda ini daripada saya.
“Adik saya yang uruskan semuanya, pergi jumpa orang itu dan orang ini untuk dapatkan kereta tersebut,” kongsinya.
@cikb_havocTerima kasih Mama atas segalanya Cik B appreciate sangat sangat ❤️❤️ #tiktokmalaysia #cikb #dsv #lamborghini #urus
Dalam pada itu, Cik B menyimpan hasrat untuk membanggakan serta menyenangkan hidup ibunya sebagai tanda membalas jasa.
Sumber: Kosmo!

9 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















