Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengalami kerugian kira-kira RM2,000 apabila kenderaan miliknya telah dipecah masuk sewaktu beliau sedang berjoging di Taman Persekutuan Bukit Kiara semalam.
Jelasnya lagi, keretanya itu diparkir di kawasan itu sekitar jam 6.15 petang dan mula menyedari kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 malam, setelah beliau kembali ke keretanya.
Artikel berkaitan: Teresa Kok Didakwa Tinggalkan Komen Tak Sensitif Buat Kucing Syed Saddiq?
Artikel berkaitan: Teresa Kok Tepis Dakwaan Najib Razak Kata Dirinya ‘Online Shopping’ Dalam Parlimen
Mula perasan kereta kena pecah lepas habis joging

“Saya mendapati cermin tingkap bahagian penumpang hadapan kenderaan telah dipecahkan dan beg tangan yang diletakkan di ruang kaki tempat duduk tersebut hilang.”
“Saya mengalami kerugian kira-kira RM2,000 membabitkan wang tunai, termasuk wang angpau, selain kehilangan kad pengenalan, kad kredit dan beberapa dokumen penting lain.”

Disebabkan itu, Teresa membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.
“Pegawai polis yang bertugas mengendalikan laporan saya dengan sangat profesional, kemudian Pegawai Penyiasat datang untuk mengambil kenyataan saya.”
“Unit forensik juga tiba tidak lama kemudian untuk mengambil gambar serta kesan cap jari pada kenderaan. Saya meninggalkan balai polis kira-kira jam 9.30 malam.”
Atas insiden itu, beliau berhadap agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat mempertimbangkan pemasangan CCTV di kawasan parkir taman itu.
Sumber : Facebook

12 hours ago
6





![[VIDEO] Ahli Keluarga Warga Emas Serang Peniaga, Desak Mangsa Beli 1 Perkakas Dapur Bernilai RM4,700](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/02/ft-scammer.jpg)

























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















