Dua wanita warga Indonesia yang disyaki dikasari majikan mereka seperti video tular di media sosial baru-baru ini telah diberikan bantuan dan perlindungan oleh Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di Johor Baharu.
Menurut sumber, kedua-dua pembantu rumah itu yang dikenali sebagai YY dan SH ditempatkan di kediaman sementara KJRI untuk perlindungan dan bantuan selanjutnya.
Pihak KJRI dimaklumkan berkaitan kes berkenaan pada 13 Jun lalu daripada seorang warga Indonesia, yang dikenal pasti sebagai YY, yang melaporkan keganasan fizikal terhadapnya dan dua warga Indonesia lain, YA dan SH, yang bekerja sebagai pembantu rumah di Johor.
Jelasnya, ketiga-tiga wanita itu didakwa kerap diseksa majikan ketika bekerja yang mana kejadian berlaku pada akhir 2025 dan Januari 2026.
“Selepas kejadian itu, mangsa ditinggalkan oleh majikan mereka di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor.
“Berikutan ingin terus bekerja di Malaysia, ketiga-tiga warga Indonesia itu kemudiannya berpisah.
“YA menuju ke Kuala Lumpur, manakala YY dan SH kekal di Johor,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Artikel berkaitan: “Dua kali ditendang” – ‘Datuk Glamour’ Didakwa Seksa Amah Indonesia, Paksa Kerja Tanpa Gaji
Artikel berkaitan: “Jangan sedap mulut je cakap” – Zarina Zainuddin Nafi Azil Pukul Pembantu Rumah
Pihaknya juga memberitahu bahawa ketiga-tiga wanita itu didapati bekerja di Malaysia secara tidak sah dan tanpa permit kerja yang sah.
Pada awalnya mereka bimbang untuk melaporkan kejadian berlaku kerana pasport dipegang oleh majikan. Namun, salah seorangnya memutuskan untuk melaporkan kesengsaraan dialami kepada KJRI.
“Susulan laporan itu, KJRI di Johor Bahru segera bekerjasama dengan polis dan memfailkan aduan.”
Terdahulu, dua pasanga suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes memukul amah di kediaman mereka di Taman Johor, Skudai.
Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan polis, namun dakwaan dalam video tular itu menyatakan mangsa dipukul kerana didakwa mengasari anak majikannya yang masih kecil.
Sumber: Berita Harian

7 hours ago
8














![[VIDEO] Pemuda Didakwa ‘Cop’ Parkir, Guna Alasan Ada Hak Sebab Kerja JKR](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/06/ft-lelaki-cop-parking.jpg)
















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















