Nahas Simpang Renggam

Ibu kepada salah seorang mangsa kemalangan maut di Jalan Renggam-Simpang Renggam semalam tidak menyangka ungkapan ‘selamat tinggal Umi’ adalah kenangan terakhirnya bersama arwah.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, anaknya, Nur Airish Syifa Sidek, 10, terkorban bersama bapa saudaranya, Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, dan isterinya, Nor Azlina Abd Latif, 33, serta ibu Nor Azlina, Semek Mat Soh, 73.

Nurul Ain Mohd Rashid, 38, berkata, sebelum kejadian, anaknya itu tergesa-gesa meminta izinnya untuk mengikuti Mohd Aiman balik ke Kota Tinggi, Johor pada petang Khamis lalu.

“Dia ambil lima helai baju saya kerana saiz pakaiannya sama dengan saya. Saya sangat sedih ketika kemalangan dia memakai baju saya,” katanya.

Artikel berkaitan: Adik Pemandu Kereta Mewah Ditahan, Pandu Melulu Punca Nahas Ragut 4 Sekeluarga Di Kluang

Menurutnya, kali terakhir Nur Airish Syifa menghantar WhatsApp kepada ibunya hanya menyebut Umi.

“Saya balas ya, tapi dia tak jawab. Bila saya tanya dia (Nur Airish) ada dekat mana, dia jawab ada kedai nenek saudaranya di Umbai Melaka.

“Bila saya tanya sedang makan ke, namun dia tak balas-balas WhatsApp saya itu sebelum saya dimaklumkan anak kemalangan kira-kira jam 1.30 tengah hari,” katanya.

714840251 1430471775791685 222354692545460058 N

Bercerita lanjut, sebelum anaknya itu bertolak ke Johor, dia sedikit pun tidak merasai bimbang kerana tahu Mohd Aiman yang merupakan adiknya memandu kenderaan sangat cermat dan perlahan.

“Sebelum bertolak dia sempat bersalam dan mencium pipi saya beberapa kali sambil tersenyum.

“Selamat tinggal umi. Itulah perbuatan dan ungkapan terakhirnya yang akan menjadi kenangan yang sukar saya lupakan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.