Ft Ketua Pemuda Umni

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Radzi Rahim merupakan antara 4 sekeluarga yang  disahkan maut dalam satu kejadian kenderaan pikap dihempap pokok tumbang di Jalan Janda Baik-Bentong, hari ini.

Selain Mohd Radzi, 40, isterinya  Nuriani Mohammad Jafri. 36, salah seorang anak kembar usia 5 tahun iaitu  Muhammad Rizz Hazim dan adik ipar, Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35 turut maut dalam kejadian tersebut.

Artikel berkaitan : Kereta 4WD Dihempap Pokok Tumbang, 4 Ma*t Di Jalan Kuala Lumpur – Karak

Artikel berkaitan : “Isteri saya hamil 7 bulan” – Suami Tak Sanggup Tengok Video Tular Kemalangan Melibatkan Ahli RXZ Members 8.0

Dalam pada itu, seorang lagi anak kembarnya dilaporkan dalam keadaan parah dan kini sedang dirawat di Hospital Bentong.

Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, ketika dihubungi mengesahkan berita nahas membabitkan keluarga Ketua Pemuda Bahagian Maran dan keluarga itu.

Screenshot 2026 08 03 185833

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, berlaku satu kejadian kenderaan jenis Ford Raptor yang dinaiki oleh 5 ekeluarga dipercayai dalam perjalanan  dari arah Bentong menuju Janda Baik, sebelum dihempap sebatang pokok yang tiba-tiba tumbang.

Kesemua mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk proses bedah siasat.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.