Biarpun sudah beberapa tahun ia dilancarkan, produk Sambal Nyet dilihat masih hangat sehingga kini biarpun sudah mempunyai beberapa produk lain.
Kehebatan penangan Khairul Aming itu dapat dilihat apabila ramai yang berasa teruja apabila Khairul Aming ingin mengumumkan sesuatu tentang produk jualannya.
Artikel berkaitan: Kembali ‘Fit’ Khairul Aming Kongsi Hasil Turun Berat 24kg Dalam Masa Setahun
Artikel berkaitan: Isu Kebocoran Data Peribadi: Khairul Aming Hantar LOD Kepada Maxis, Lapor Polis & MCMC
RM 10,000 untuk pembeli terawal
Baru-baru ini, pempengaruh dan usahawan itu mengumumkan bakal membuat penambahan stok secara besar-besaran. Apa yang membuatkan netizen bertambah teruja apabila Khairul Aming mengumumkan bakal memberi ganjaran berupa wang sebanyak RM10,000 kepada 5 pembeli awal.
Menerusi Threads miliknya, sebanyak 150,000 botol akan dilancarkan di Shopee pada hari Rabu nanti (19 Ogos 2026) pada jam 8 malam menerusi platform Shoppee.
Jadi, hadiah wang tunai RM 10,000 itu akan diberikan kepada setiap seorang bagi 5 pembeli awal tersebut namun tertakluk kepada terma dan syarat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang begitu teruja apabila membacanya dan ada juga netizen yang sudah ‘siap siaga’ untuk menyediakan bajet wang secukupnya.

Sumber : Threads

12 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















