Kim Seri Tayang Wajah Sebelum & Selepas ‘Buat Muka’, Bagi Peluang Netizen Untuk Membawang

14 hours ago 10

Pempengaruh Kim Seri dilihat kembali menjadi sorotan netizen berikutan dengan perkongsian berkenaan dengan perubahan wajahnya dari sebelum ke selepas melakukan pembedahan.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, dilihat Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina menunjukkan wajah asalnya dan progress perubahan selepas beberapa minggu dia melakukan pembedahan wajah.

Artikel berkaitan: “Kalau ada niat & usaha, nabi akan jadi penjamin” – Disoal Pasal Hutang, Ini Respon Kim Seri

Artikel berkaitan: Tayang Perbezaan Sebelum & Selepas ‘Rawatan’, Kim Seri Buat Pembedahan Wajah?

“Sekarang masa untuk membawang”

Menurut Kim Seri lagi, tindakannya untuk mengubah wajahnya itu adalah untuk mempromosikan sebuah klinik untuk mendapatkan wang.

Di samping itu, Kim Seri sempat berseloroh sinis dengan mengatakan bahawa ia adalah peluang buat netizen untuk membawang.

@kimseri_eina

Replying to @Ezzyibrahim. _ okay masa untuk membawang. So dah siap ke belum muka ni? 🤭😆 #kimseridiseoul

♬ original sound – SEPI – SEPI

Dapatkan duit untuk bayar hutang

Bercerita lanjut mengenai tindakannya membuat pembedahan wajah itu, Kim Seri menjelaskan bahawa ia adalah bertujuan untuk melangsaikan hutang-hutangnya.

Sekadar info, Kim Seri berdepan dengan kecaman teruk berikutan dengan kes penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan di bawah kelolaannya. Susulan itu, Kim Seri ada berjanji untuk membayar semula kepada mangsa-mangsa yang terkesan.

Oleh sebab itu, Kim Seri menerusi Threads miliknya menjelaskan bahawa dia menerima tawaran kontrak selama 2 tahun untuk mempromosikan sebuah klinik dengan syarat untuk melakukan pembedahan di klinik tersebut.

“Masa tu tak fikir apa sebab nak dapatkan duit je jadi saya datang klinik pun tak tahu nak operate apa saya ikut je apa yang ada dalam kontrak. Ni kontrak yang mereka bagi, suami cakap ‘okay ke tu? Kena promote sampai 2 tahun?’”

Screenshot 2026 03 27 130243

“Sampai klinik pun tak tahu nak operate apa, jadi saya serahkan semua kat Doktor. Apa yang dia rasa nak buat, yang saya tahu lepas tu cuma buat marketing dan dapatkan duit untuk bayar semua hutang lepas tu nak hidup tenang tanpa hutang.”

Dalam pada itu, Kim Seri turut meluahkan rasa terkilan kerana dia seringkali dikecam dalam membuat sebarang ‘kerja’ demi melangsaikan hutang-hutangnya sehinggakan ada beberapa kontrak terbatal kerana isu yang melanda dirinya itu.

Sumber: TikTok, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |