“Kitaorang terpaksa keluar dari hotel ni” – Jemaah Malaysia Rayu Bantuan Orang Ramai Untuk Pulang Ke Tanah Air

16 hours ago 8

Sejak beberapa hari lepas, kes mengenai jemaah Malaysia yang terkandas di Jeddah telah menarik tumpuan warga tempatan. Mereka tersekat di sana disebabkan kes peperangan Asia Barat yang kini sedang berlaku.

Sepanjang 3 hari berada di Jeddah, wanita yang lebih dikenali sebagai Chayen ini berdepan bermacam-macam dugaan bersama jemaah lain dari Malaysia.

Artikel berkaitan : Tular Jemaah Masjid Di Indonesia Ini Solat Dua Kiblat Berbeza

Artikel berkaitan : Lelaki Curi 2 Beg Jemaah Sedang Solat Diberkas, Rupanya Bukan Satu Masjid Yang Kena

Dalam video yang telah meraih 1.6 juta jumlah tontonan ini, Chayen menjelaskan bahawa sepanjang mereka ‘tersekat’ di Jeddah, mereka mula mengalami masalah kewangan dan mempunyai masalah untuk mencari tempat untuk menginap.

@chayennn6

Minta maaf pada semua client yang deal dengan saya 🙏🏻

♬ original sound – Chayen – Chayen

Bagaimanapun, mereka telah mendapat tempat penginapan yang ditanggung oleh syarikat penerbangan mereka.

Namun dalam satu hantaran terbaru, Chayen memaklumkan bahawa dirinya bersama jemaah lain telah mendapat tempat penginapan baru. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu dia dimaklumkan bahawa mereka harus keluar daripada hotel tersebut.

Jelas Chayen lagi, sepanjang dia memuat naik video tersebut, pihak keluarga wanita ini telah berjaya mengumpul wang untuk menampung kos penerbangannya dan neneknya untuk pulang ke Malaysia. Bagaimanapun, hatinya tersentak apabila dia dihampiri oleh jemaah lain mengenai nasib mereka yang masih tidak dapat pulang ke Malaysia.

Oleh sebab itu, Chayen bertekad untuk membantu jemaah lain supaya mereka juga dapat pulang bersamanya.

Oleh itu, Chayen menjelaskan bahawa jumlah wang terkumpul yang mereka ada berjumlah RM1,000 lebih untuk melanjutkan tempoh pinginapan, namun tidak cukup untuk menampung kos lagi 29 jemaah untuk pulang ke Malaysia.

Chayen juga menyeru kepada orang ramai agar dapat membantu dia bersama jemaah lain yang terkandas di tanah suci.

@chayennn6

Letak dkt komen kene pape tak korang? Help 🥺

♬ original sound – Chayen – Chayen

Sepanjang tempoh artikel ini ditulis, Berita Harian melaporkan bahawa peperangan Asia Barat kini semakin tegang apabila Israel didakwa kini dikatakan telah menyerang tapak nuklear Iran.

Sumber : TikTok, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |