Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggalakkan orang ramai untuk merebut tawaran diskaun pembelian rumah sebanyak 10% menerusi penganjuran ASEAN Real Estate Conference (AREC) 2026.
Acara hartanah terbesar di rantau ini bakal berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur bermula 29 Julai hingga 1 Ogos 2026.

Selain potong harga khas daripada pemaju terpilih, pengunjung juga boleh membuat konsultasi pembiayaan secara terus bersama Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP).
Artikel berkaitan: Malaysia Terus Memainkan Peranan Penting Dalam Memperkukuh Agenda Pembandaran Bandar Mampan Di Peringkat Global
Artikel berkaitan: Malaysia Tangga Ke-7 Paling Dipercayai Di Dunia, Bukti Negara Di Landasan Tepat
Inisiatif ini difahamkan untuk menyasar pembeli rumah pertama seperti pekerja bebas dan pekerja ekonomi gig.
Menterinya, YB Tuan Nga Kor Ming menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjuran, dengan nilai transaksi dianggarkan mencecah RM1.5 bilion.
Pengunjung juga berpeluang mengunjungi Pavilion KPKT, mendapatkan konsultasi secara terus mengenai pembelian rumah dan pembiayaan, menyertai forum dan menikmati aktiviti kekeluargaan. Masuk adalah percuma.
Sumber: KPKT

18 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















