Blackpink Cecah 100 Juta Subscribers Di Youtube

Nama Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo iaitu ahli kumpulan K-Pop popular, BLACKPINK ini bukanlah sesuatu yang asing dalam industri muzik kerana mereka kini juga popular di negara-negara Barat.

Terkini, kumpulan BLACKPINK ini menjadi artis pertama di dunia yang berjaya meraih 100 juta pengikut atau subscribers di YouTube!

YouTube menerusi akaun rasmi mereka di platform X (Twitter) telah mengucapkan tahniah kepada kumpulan K-Pop itu dan BLACKPINK turut menerima Red Diamond Creator Award daripada YouTube.

Difahamkan, kumpulan tersebut telah melancarkan saluran YouTube mereka pada Jun 2016 iaitu hampir 10 tahun lalu.

Blackpink Youtube

Artikel Berkaitan: Lagu ‘Jump’ Oleh Kumpulan Blackpink Antara Lagu Kegemaran Barack Obama Tahun 2025

Artikel Berkaitan: Bandingkan BLACKPINK Dengan Siti Nurhaliza, Kenyataan Individu Ini Jadi Bualan Ramai

Kini, saluran YouTube BLACKPINK itu mempunyai sekitar 648 video.

Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat mereka kerana telah setia menyokong mereka selama ini.

Bp 1

Difahamkan juga, setakat ini, BLACKPINK mempunyai sekitar 50 video yang mencapai lebih 100 juta tontonan.

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.