Ft Pengantin Wanita Lari

Seorang bakal pengantin wanita telah dilaporkan hilang 6 jam sebelum majlis akad nikahnya berlangsung, namun telah ditemui rupa-rupanya bersama si kekasihnya di sebuah bilik hotel.

Wanita berusia 19 tahun yang berasal dari Dukuh Rambutan, Kecamatan Tlogowungu itu ditemui bersama teman lelakinya yang berusia 18 tahun dan juga penududk di kawasan sama.

Artikel berkaitan: Sam Lim Sudah Bernikah Dengan Parisa Ardina?

Artikel berkaitan: Aslam Tepis Dakwaan Pernikahan Dengan Marissa Masih Belum Berdaftar

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polresta Pati, iaitu Kompol Dika Hadian Widya Wiratama berkata, kejadian tersebut berlaku pada Khamis lalu kira-kira jam 3 pagi setelah gadis tersebut keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga.

Screenshot 2026 05 25 161711

Beliau berkata, wanita yang dirujuk sebagai NAS itu ada menghubungi teman lelakinya yang dikenali sebagai DF untuk membantunya lari dari rumah, difahamkan majlis pernikahan mereka bakal berlangsung pada jam 9 pagi hari sama.

Menurut sumber, NAS sepatutnya menikah dengan seorang lelaki berusia 33 tahun, namun pernikahan itu terbatal atas tindakan NAS. Susulan itu, pihak pengantin lelaki membatalkan perkahwinan mereka dan meminta keluarga pengantin wanita untuk membayar ganti rugi sebanyak RM6,700.

Screenshot 2026 05 25 161649

Sementara itu, keluarga NAS pula meminta DF untuk membayar pampasan sebanyak RM15,700 dan DF turut bersetuju untuk mengahwini NAS dalam masa terdekat.

Sumber : Detik 1, Detik 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.