Lapangan terbang antarabangsa Dubai dan bangunan hotel mewah Burj Al Arab yang menjadi ikon pelancongan Dubai dilaporkan telah mengalami kerosakan setelah terkena bedilan daripada peluru berpandu akibat serangan antara Israel, pangkalan Amerika Syarikat dan Iran.
Menurut laporan Reuters, empat orang dilaporkan cedera di lapangan terbang akibat serangan itu.
Namun, menurut pejabat media Dubai menerusi platform X, sebuah ruang legar di lapangan terbang itu telah mengalami kerosakan minor namun kini keadaan di situ telah berjaya dikawal.

Artikel Berkaitan: “Tengah beratur nak check in dapat surat” – Puluhan Jemaah Umrah Terkandas Susulan Negara Arab Tutup Ruang Udara
Artikel berkaitan: [VIDEO] Rakyat Qatar Panik, Iran Serang Pangkalan AS Di Qatar
Selain lapangan terbang, bangunan pencakar langit hotel Burj Al Arab juga turut mengalami kerosakan selepas serpihan bedilan telah menyebabkan kebakaran pada bahagian luar hotel mewah itu.
@bernamatvofficialPihak berkuasa Dubai pada Ahad memaklumkan bahawa sebuah dron telah dipintas di ruang udara bandar itu, dengan serpihan yang terjatuh mencetuskan kebakaran terhad pada bahagian luar bangunan hotel mewah ikonik Burj Al Arab, lapor Anadolu Ajansi. Dalam satu kenyataan yang disiarkan di X, Pejabat Media Dubai menyatakan pasukan Pertahanan Awam bertindak balas dengan segera dan berjaya mengawal keadaan. Tiada kecederaan dilaporkan. 📹 Awam digitalbernamatv burjalarab dubai
♬ original sound – Bernama TV – Bernama TV
Ketegangan di Timur Tengah ini juga menyebabkan banyak penerbangan dibatalkan kerana ruang udara di kawasan tersebut berisiko tinggi.
Sumber: Reuters

18 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















