Lari Parlimen Ft

Parlimen Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan lebih 600 peserta daripada pelbagai latar belakang menerusi penganjuran Larian Cergas Parlimen 2026 demi menjayakan agenda “Merakyatkan Parlimen“.

Acara larian sejauh 5KM yang bermula di pintu utama Parlimen itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul bersama-sama Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah.

Lari Parlimen 1

Penyertaan Ahli Parlimen yang berlari seiring dengan masyarakat awam menjadi simbolik penting dalam merapatkan jurang serta mengeratkan hubungan antara institusi legislatif dan rakyat.

Lari Parlimen 3

Antara sorotan utama penganjuran acara ini termasuk:

  • Pelancaran 222 MY Cergas Parlimen Hybrid Run: Komitmen untuk memperluaskan budaya hidup sihat ke semua 222 kawasan Parlimen di seluruh negara secara berfasa.

Lari Parlimen 5

  • Sasaran MBR: Penganjuran berskala nasional yang melibatkan seluruh Ahli Parlimen ini menyasarkan pengiktirafan ke dalam Malaysia Book of Records.

Inisiatif anjuran bersama My Creative Moments ini membuktikan fungsi Parlimen kini tidak lagi terhad kepada pembuat undang-undang semata-mata, sebaliknya turut menjadi penggerak gaya hidup sihat buat warga Malaysia.

Sumber: Parlimen Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.