Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2026 akan berlangsung selama 3 hari bermula 14 hingga 16 Julai 2026.
Ujian ini bakal melibatkan tiga mata pelajaran utama iaitu:
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Matematik

Bagi edisi kali ini, seramai 12,974 calon telah berdaftar untuk mengambil peperiksaan tersebut yang akan dikendalikan di 188 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Demi memastikan keseluruhan proses ujian berjalan lancar, KPM telah melantik seramai 1,530 petugas bagi menguruskan Ujian Bertulis serta Ujian Mendengar Bahasa Melayu, selain 1,366 petugas tambahan khusus untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu.
Artikel berkaitan: KPM Sasar Buka 300 Kelas Prasekolah Baharu Menjelang 2027 Demi Pendidikan Awal Berkualiti
Artikel berkaitan: RM13.8 Bilion Diperuntuk, 813 Projek Sekolah Daif Siap Setakat Jun 2026
Pihak kementerian turut mengingatkan kesemua calon supaya menyemak jadual waktu peperiksaan melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan lp.moe.gov.my bagi mengetahui perincian tarikh, masa, kod kertas peperiksaan, dan peraturan yang wajib dipatuhi.

Selain itu, setiap calon diingatkan agar tidak lupa membawa dokumen pengenalan diri serta Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan semasa hadir ke pusat ujian. Pernyataan tersebut boleh dicetak melalui sistem Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian melalui pautan sppat.moe.gov.my
Calon juga diwajibkan untuk sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard yang ditetapkan, manakala KPM menitipkan doa agar kesemua calon dapat menempuhi peperiksaan ini dalam keadaan sihat dan selamat.
Sumber: KPM

18 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















