Lelaki 30-an yang berstatus suami orang merayu kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) agar dirinya dilepaskan selepas dia ditahan berkhalwat bersama seorang wanita 20-an yang berstatus janda muda di sebuah hotel yang terletak di Batu Pahat.
Lelaki tersebut dikatakan merayu ingin dilepaskan kerana risau kelakuannya itu diketahui oleh isteri dan anak-anaknya yang masih bersekolah.
Artikel berkaitan: Duda & Janda Dicekup Berkhalwat Dalam Bas, Alasan Nak Berehat Lepas Makan
Artikel berkaitan: “Datang rumah warnakan rambut” – Dicekup Berkhalwat Dalam Bilik, Ibu Remaja Tak Puas Hati Rumah Diserbu
Takut isteri dan anak tahu
Berdasarkan kenyataan JAINJ, lelaki dan wanita itu ditangkap berkhalwat dalam operasi pemeriksaan berkala dan rambang di bilik hotel sekitar Johor yang dialankan sekitar jam 11.40 malam baru-baru ini.
Ketika pemeriksaan dilakukan di sebuah bilik hotel, penguat kuasa mengetuk pintu sebelum ia dibuka dalam 5 minit kemudian oleh seorang lelaki yang hanya memakai baju-T dan berseluar dalam.
“Lelaki tersebut cuba menutup semula pintu apabila mengetahui kehadiran penguat kuasa. Namun, tindakan pantas anggota berjaya menghalang pintu daripada dikunci semula sebelum pemeriksaan diteruskan.”
“Penguat kuasa kemudian memasuki bilik selepas menunjukkan kad kuasa dan memperkenalkan diri. Keadaan bilik ketika itu gelap dan pemeriksaan awal tidak menemukan individu lain.”

Hasil pemeriksaan lanjut, JAINJ menemui pakaian wanita termasuk pakaian dalam wanita di atas kerusi, selain mendapati pintu tandas dalam keadaan tertutup.
“Penguat kuasa mengetuk pintu tandas dan ia dibuka kira-kira tiga minit kemudian, namun individu di dalamnya tidak terus keluar.”
“Penguat kuasa wanita kemudian masuk ke dalam tandas dan menemui seorang wanita yang hanya memakai seluar dalam tanpa pakaian lain.”
Mereka berdua didapati bukan pasangan suami isteri yang sah dan kedua-duanya bekerja di Batu Pahat dan dipercayai sudah berkenalan lebih setahun.
“Pasangan berkenaan hadir ke hotel terbabit menggunakan dua kenderaan berasingan kira-kira jam 10.30 malam dan bayaran bilik hotel dibuat oleh lelaki tersebut.”
“Wanita terbabit pada mulanya memberi alasan hanya menumpang menggunakan tandas, namun selepas soal siasat lanjut dijalankan, dia mengaku berada di dalam bilik bersama lelaki yang bukan suaminya.”
Pasangan berkenaan telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor.
Sumber : Sinar Harian

12 hours ago
9






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















