Siapa sangka kan? Selepas bertahun-tahun masing-masing membawa haluan sendiri, hari ini satu Malaysia dikejutkan dengan satu foto yang sangat ‘sejuk’ dipandang melibatkan penyanyi popular, Mawi dan juga bekas tunangnya, Ina Naim.
Menerusi hantaran terbaru di Instagram @cahayaasmawi, Mawi telah memuat naik foto dirinya bersama Ina Naim dan suami, Khairul. Walaupun kita semua tahu sejarah percintaan mereka yang pernah menjadi bualan hangat satu ketika dahulu, Mawi membuktikan bahawa silaturahim itu jauh lebih penting.
Artikel berkaitan: “Shah Rukh Khan tanya mana Mawi” -Kenang Fenomena Tsumawi, Mawi Kongsi Momen Berjumpa Dengan SRK
Artikel berkaitan: “Orang terasa dengan dia” – Bakal Diadaptasi Menjadi Filem, Mawi Dedah ‘Derita’ Ustaz Kazim Elias
Mawi turut menitipkan doa yang cukup murni buat pasangan pengantin baru itu:
“Selamat Pengantin Baru Khairul 💜 Ina Naim. Moga-moga ALLAH merahmati keluarga you all 🤲,” tulisnya.
Netizen Imbas Memori Lama, Puji Sikap ‘Gentleman’ Mawi
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya mula mengimbas kembali memori zaman ‘Mawi-World’ dahulu. Namun, kebanyakannya memuji betapa matangnya mereka berdua mengendalikan situasi tersebut tanpa perlu ada rasa dendam.

Foto ini bukan sekadar gambar biasa, tapi ia adalah simbol keharmonian dan bukti bahawa yang keruh boleh dibuang, yang jernih kita ambil.
Sumber: Instagram

12 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















