Gajah Malaysia Dihantar Ke Jepun

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai isu Malaysia telah menghantar tiga ekor gajah di zoo negara ini ke zoo di negara matahari terbit, Jepun.

Isu ini tular di Threads kerana ramai warganet yang tidak bersetuju dengan tindakan menghantar gajah Malaysia ini ke Jepun kerana risau suhu, iklim dan cuaca di Jepun yang tidak sama seperti di Malaysia boleh menyebabkan ia tidak sesuai dengan gajah-gajah tersebut.

4 2

Menerusi kenyataan daripada Facebook rasmi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, tiga ekor gajah Malaysia telah dihantar ke Tennoji Zoo di Osaka, Jepun untuk kerjasama konservasi dengan kerjasama Zoo Taiping.

Ia adalah sebagai salah satu usaha memantapkan program konservasi dan pembiakan.

2 1

Artikel Berkaitan: “Malu gamaknya nak lepas merata” – [VIDEO] Gajah Jinak Ambil Masa Nak Naik Lori, Rupa-rupanya…

Artikel berkaitan: Gajah ‘Melawat’ Kedai Runcit, Sempat Ambil Beberapa Pek Makanan

Menurut kenyataan itu juga, difahamkan, sebelum gajah-gajah tersebut dihantar ke Jepun, pegawai dari Malaysia telah menjalankan lawatan dan pemantauan ke Jepun sejak beberapa tahun lalu.

Bukan itu sahaja, difahamkan, kawasan dan kemudahan gajah di Tennoji Zoo juga telah dinaik taraf mengikut standard yang ditetapkan.

Selain itu, fasiliti penjagaan serta kemudahan perubatan veterinar dipertingkatkan.

Dalam masa yang sama, kebajikan gajah juga sentiasa dipantau di mana tiga pegawai Malaysia dihantar ke Jepun untuk bantu gajah-gajah tersebut menyesuaikan diri.

Sumber: Facebook Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.