Tidak hanya tertumpu pada tempat untuk beribadat, sebuah masjid di Subang Jaya menggunakan pendekatan dengan lebih kreatif untuk menarik orang ramai datang ke masjid dengan menggunakan Piala Dunia 2026 yang sedang menjadi kegilaan kesemptan untuk ‘tarik orang’.
Menerusi Threads, Masid Al Falah USJ 9 mengalu-alukan orang ramai dan komuniti setempat untuk meluangkan waktu malam dengan menonton perlawanan di skrin besar sambil sambil melakukan aktiviti qiamullail.
Artikel berkaitan : Bintang Bola Sepak Brazil, Neymar Beri Bayangan Akan Bersara Selepas Piala Dunia
Artikel berkaitan : Erling Haaland Bantu Norway Belasah Israel 5-0 Dalam Aksi Kelayakan Piala Dunia

Berdasarkan hebahan yang dikongsikan, program itu juga menyelitkan aktiviti solat berjemaah bagi mengisi waktu malam mereka dengan amal ibadah.
Program tersebut akan bermula pada awal pagi Jumaat sempena perlawanan pembukaan antara Mexico dan Afrika Selatan yang dijadualkan berlangsung pada jam 3 pagi.

Aktiviti yang sama diteruskan pada waktu awal pagi Sabtu semasa perlawanan antara Kanada dan Bosnia, sebelum Qatar lawan Switzerland pada awal pagi Ahad.
Apa yang menarik lagi, masjid tersebut turut menyediakan makanan ringan dan minuman percuma secara kepada pengunjung hadir menyaksikan perlawanan tersebut.
Berdasarkan perkongsian itu lagi, tayangan perlawanan pilihan akan diadakan sekitar am 12 tangah malam hingga jam 4 pagi sepanjang berlangsungnya perlawanan Piada Dunia 2026.
Dalam pada itu, RTM juga megalu-alukan orang ramai untuk datang ke Angkasapuri bagi menonton Piala Dunia 2026, disamping itu, RTM turut menyediakan roti canai dan air teh tarik free flow.
Jom datang Angkasapuri! Ada roti canai & teh tarik ‘free flow’ tau.
——————-
Sorakan bermula di sini!
Tonton 104 perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 di saluran TV Okey, Sukan + dan strim di aplikasi RTMKLIK. #SatuBolaSatuDunia#PialaDunia2026RTM#SorakWithRTM pic.twitter.com/C58vhAE9hc
— RTM Malaysia 🇲🇾 (@RTM_Malaysia) June 11, 2026

7 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















