Masjid Sedia Jaket Solat

Sebuah masjid iaitu Masjid Al Muhajirin, Indera Mahkota 5 telah menerima banyak pujian daripada warganet susulan inisiatif pihak pengurusan masjid itu yang menyediakan jaket solat kepada pengunjung atau jemaah masjid lelaki yang memakai baju t-shirt dengan visual yang menarik perhatian jemaah lain ketika solat.

Inisiatif masjid tersebut telah dikongsikan oleh seorang individu menerusi akaun Threads, zhrfsohod baru-baru ini.

Jaket Solat

Artikel Berkaitan: “Sakit hati seorang ibu” – Viral Insiden Penghadang Masjid Jatuh Timpa Budak, Ibu Mangsa Beri Penjelasan

Artikel Berkaitan: “G masjid pakai pelikat tu, pakai spender tak?” – Ramai Netizen Terkesima Baca Hantaran Daripada Zizan Nin

Menerusi perkongsian tersebut, pihak masjid berkenaan telah menyediakan notis pemberitahuan mengenai jaket solat yang disediakan khas untuk jemaah lelaki masjid itu.

Jika anda rasa baju anda mengganggu solat jemaah di sekeliling, sila pakai jaket solat yang telah disediakan oleh pihak masjid,” – Masjid Al Muhajirin Indera Mahkota 5.

Jaket solat ini disediakan khas untuk mana-mana jemaah yang memakai baju yang mempunyai banyak tulisan atau visual yang boleh mengganggu kekhusyukan solat jemaah lain.

Sumber: Threads zhrfsohod

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.