Tindakan melampau seorang wanita warga emas yang kini sedang tular di media sosial sedang menjadi perhatian ramai apabila wanita tersebut didakwa menendang anak kucing sehingga melambung setinggi 3 hingga 4 meter.
Berdasarkan satu perkongsian di Threads, dalam kejadian yang tular menerusi satu video hantaran, pemilik video menyatakan bahawa wanita berkenaan menghampiri sekumpulan anak muda yang sedang memberi makanan kepada ibu dan anak-anak kucing di sebuah kawasan R&R.
Artikel berkaitan: 27 Daripada 30 Ekor Kucing Gagal Diselamatkan Dalam Kebakaran Di Langkawi
Artikel berkaitan: “Hanya 3 ekor selamat” – Tragis! 27 Kucing Peliharaan M*ti Terperangkap Dalam Kebakaran Rumah Di Langkawi
“Masa tunggu anak, nampak seorang mak cik jalan laju gaya macam cari tandas. Dah selesai urusan, dia datang tanya dekat 4 pemuda tu kenapa bagi kucing makan.”
Kata pemilik video yang ada bersama empat pemuda tersebut, dia yang dikenali sebagai @mdaudyusof mewakilkan pemuda itu menjawab dengan mengatakan kucing-kucing itu sedang lapar.
“Tak lama lepas tu, mak cik tu terus tendang anak-anak kucing tu. Melambung tiga ke empat meter kucing tu, kasihan,” katanya pada hantaran tersebut.
Malah wanita itu juga mempersoalkan tindakan orang ramai yang memberikan makan kepada anak kucing.
“Dia tanya apa faedah bagi makan kucing dan kenapa membazir duit gaji beli makanan kucing. Budak-budak tu terkedu dan senyap tak kata apa.”
“Saya bila nampak kejadian, terus saya marah mak cik tu. Suara dah naik. Mak cik bila nampak saya marah, dia terus blah sambil cakap…
“Habis, siapa nak ganti nasi aku yang hilang? Otak saya cuba nak connect persoalan dengan perbuatan tak munasabah dia. Saya pun terkedu sekejap. Sah, mak cik ni ada masalah mental.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyirap apabila melihat tindakan kejam wanita tersebut dan menyifatkan wanita itu manusia yang tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan.

Sumber: Threads

11 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















