Dunia hiburan seberang sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas tular beberapa foto dan video sekitar majlis pernikahan pelakon popular Indonesia, Jennifer Coppen bersama pasangannya, Justin Hubner.
Mana tidaknya, majlis yang sepatutnya penuh dengan suasana harmoni bertukar menjadi medan perdebatan dalam kalangan netizen tempatan ekoran beberapa tindakan pasangan tersebut yang dianggap ‘mengelirukan’.
Artikel berkaitan: Kematian Papa Dali: Pengebumian Suami Jennifer Coppen Jadi Isu, Mayat Dibakar Walaupun Dah Masuk Islam? Ini Kisahnya…
Artikel berkaitan: Polis Cuai Kendali Kes M*ut Model Belanda, Kerajaan Malaysia Diperintah Bayar Ganti Rugi RM1.1 Juta
Buat Majlis Khatam Quran, Tapi Selepas Nikah Ada Pesta Arak?
Menerusi perkongsian yang tular di platform X, seorang netizen Malaysia meluahkan rasa hairan melihat konsep dan pengisian majlis pasangan selebriti berkenaan. Sebelum melangsungkan pernikahan, Jennifer dilaporkan ada mengadakan majlis khatam Al-Quran.

Bagaimanapun, apa yang mencetuskan kontroversi adalah apabila tular pula video memaparkan aksi mereka sedang menuang dan meneguk minuman keras (arak) secara terus dari botol ketika pesta pernikahan berlangsung.
Netizen Keliru Dengan Konsep ‘Campur Aduk’
Situasi tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi kurang senang daripada netizen Malaysia dan Indonesia. Malah, ada juga yang sempat mengimbas kembali kontroversi lama melibatkan pelakon tersebut yang sebelum ini pernah memilih untuk membakar (cremate) jenazah arwah suaminya, namun dalam masa yang sama tetap mengadakan majlis tahlil.
Rata-rata netizen meluahkan rasa ‘pening’ dan keliru dengan cara hidup sebahagian selebriti di sana yang dilihat seolah-olah mencampuradukkan urusan agama mengikut keselesaan sendiri.

Sebagai info, Jennifer Coppen merupakan seorang pelakon, model, dan pempengaruh popular Indonesia yang mula melonjak naik menerusi drama remaja seperti Roman Picisan The Series serta filem-filem tempatan.
Beliau sebelum ini menjadi bualan ramai kerana membakar (cremate) bekas suaminya selepas usahawan dan model asal Jerman, Yitta Dali Wassink atau Papa Dali itu meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya tragis di Bali pada Julai 2024 ketika baru berusia 22 tahun.
Sumber: X

6 hours ago
8













![[VIDEO] Pemuda Didakwa ‘Cop’ Parkir, Guna Alasan Ada Hak Sebab Kerja JKR](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/06/ft-lelaki-cop-parking.jpg)
















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















