Anak kepada pengarah terkenal Aziz M Osman dan penerbit Puteri Lily Lokman iaitu Puteri Nur Azzahra atau lebih dikenali sebagai Ara Aziz mencuri perhatian apabila melanjut pelajaran ke institusi pengajian tinggi pada usia seawal 15 tahun.
Selepas menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) pada tahun lalu, Ara kini memulakan pengajian pada peringkat asasi di Manipal University College Malaysia (MUCM).
Menerusi perkongsian di Instagram, bekas peserta program Talk To My Manager musim pertama itu meluahkan rasa syukur dan terharu apabila berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dengan menyifatkan detik tersebut sebagai antara momen paling bermakna dalam hidupnya.
“Hari penuh emosi (sentimental) yang takkan pernah saya lupakan. Melangkah masuk ke MUCM sebagai salah seorang pelajar termuda adalah sesuatu yang mengujakan sekali gus merendah diri.
“Setiap perjalanan yang hebat bermula dengan satu langkah, dan hari ini, perjalanan saya bermula,” tulisnya.
Artikel berkaitan: “Standing ovation!” – Persembahan Ara Aziz Dipuji, Bawa Mesej Anti Buli
Artikel berkaitan: “Saya post sopan santun ok” – Aziz M Osman Bergurau Dengan Bekas Isteri, Main ‘Block’ Di IG
Bercita-cita untuk jadi pakar bedah otak!
Dalam pada itu, ibunya mengesahkan Ara melanjutkan pengajian peringkat asasi dan memaklumkan anaknya itu sememangnya meminati bidang sains sejak kecil.
“Dia bercita-cita mendalami bidang neurologi tapi mommy cakap belajar basic dulu.
“Mana tahu tengah belajar dia nampak minat kepada bidang lain. Just explore everything,” katanya.

Puteri Lily turut berkongsi bahawa minat Ara terhadap otak manusia bukanlah sesuatu yang baharu.
Sejak kecil lagi, anaknya sering tertanya-tanya tentang bagaimana setiap individu mempunyai cara pemikiran yang berbeza walaupun struktur otak manusia adalah sama.
Katanya, Ara bukan seorang yang gemar menilai orang lain. Sebaliknya, dia sering bertanya apakah yang menyebabkan seseorang berfikir atau bertindak dengan cara tertentu.
“Disebabkan itulah dia sememangnya bercita-cita untuk menjadi pakar bedah otak. Katanya, ciptaan Allah ini sangat menarik, bentuk otak adalah sama, tetapi bagaimanakah corak pemikiran boleh berbeza-beza?” kongsi Puteri Lily.
Sebagai seorang ibu, Puteri Lily berharap Ara terus kuat menghadapi cabaran sepanjang menempuh alam pengajian dan tidak terlalu mengejar kesempurnaan.
Sumber: Instagram, Sinar Plus

18 hours ago
8













![[TERKINI] Syed Saddiq Umum Majlis Perkahwinan Bakal Diadakan Tidak Lama Lagi, Pada Tahun Ini](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/07/ft-BASS.jpg)
















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















