Syaz Ft 2026 06 10T170251.621

Sebuah poster promosi bagi drama bersiri terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk ‘Cinta Untuk Raf’ kini menjadi sasaran kritikan hebat di pelbagai platform digital.

Isu tersebut mula mendapat perhatian ramai apabila sebuah akaun memuat naik gambar poster berkenaan dengan layangan kapsyen sinis, “Drama 2026, Poster 1726”. Kapsyen tersebut secara tidak langsung menggambarkan kualiti suntingan grafik poster berkenaan sebagai tersangat lemah dan kelihatan seperti rekaan era 90-an yang hanya menggunakan perisian asas Microsoft Word.

Artikel berkaitan: Didakwa Ada Elemen LGBT, RTM Hentikan Siaran Animasi Santigo Of The Seas

Artikel berkaitan: RTM Mohon Maaf, Salah Sebut Nama Presiden Indonesia Semasa Siaran Langsung ASEAN

Hantaran berkenaan dengan pantas mengundang pelbagai reaksi berbentuk jenaka dan kecaman daripada warga maya. Rata-rata daripada mereka mempersoalkan bagaimana sebuah stesen penyiaran nasional dan syarikat produksi gergasi boleh meluluskan visual sekadar ‘asal boleh’ bagi publisiti rasmi.

Melihat kepada kekeliruan yang semakin meruncing dalam kalangan netizen, pihak pengurusan RTM Malaysia sendiri akhirnya tampil memberikan kenyataan rasmi bagi menjernihkan keadaan. Menurut penjelasan RTM, poster yang mencetuskan kontroversi itu sebenarnya merupakan sebuah poster ‘fan-made’ atau rekaan alternatif yang dihasilkan secara sukarela oleh seorang peminat setia rancangan RTM yang dikenali sebagai Cik Shamsul.

Pihak RTM turut memberikan penghargaan atas usaha kreatif peminat terbabit memandangkan publisiti yang dihasilkan secara tidak sengaja itu amat berkesan, sehinggakan Pengarah Penyiaran turut menerima impak daripada maklum balas warga maya.

Cats 13

Sebagai info, drama ‘Cinta Untuk Raf’ kini bersiaran di saluran TV2 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 5:00 petang.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.