Netizen Seberang Puji Pengurusan Korban Di Malaysia Jauh Lebih Profesional & Bersih!

9 hours ago 10

Setiap kali tibanya Hari Raya Aidiladha, umat Islam di seluruh dunia pastinya sibuk melakukan ibadah korban. Namun, rupa-rupanya sistem dan cara pengurusan korban di Malaysia telah menarik perhatian dan menerima pujian melambung daripada negara jiran, Indonesia!

Baru-baru ini, tular satu hantaran di platform X oleh seorang pengguna @abulmuzaffar10 yang secara terbuka memuji tahap profesionalisme rakyat Malaysia dalam mengendalikan urusan potongan daging korban.

Artikel berkaitan: 5 Perkara Yang Ramai Tak Tahu Tentang Ibadah Korban

Artikel berkaitan: Bekalan Lembu & Kambing Korban Mencukupi Sempena Perayaan Aidiladha 2026 – KPKM

“Malaysia Dah Unggul Di Mana-Mana…”

Menerusi hantaran tersebut, lelaki ini menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang sudah maju ke depan dalam pelbagai aspek, termasuklah dalam perkara asas seperti pengurusan korban.

Ah Malaysia…
Udah unggul di mana-mana.

Bahkan soal yang sederhana kek Kurban pun sudah unggul. Terlihat sekali mereka jauh lebih profesional dalam pengelolaannya.

Memang kalau suatu bangsa peduli pendidikan dan tahu visi misi ekonominya. Bangsa itu ga akan tertinggal…… https://t.co/A0ymJBjPt6

— Abul Muzaffar (@abulmuzaffar10) May 27, 2026

“Ah Malaysia… Udah unggul di mana-mana. Bahkan soal yang sederhana kek Kurban pun sudah unggul. Terlihat sekali mereka jauh lebih profesional dalam pengelolaannya.

Memang kalau suatu bangsa peduli pendidikan dan tahu visi misi ekonominya. Bangsa itu ga akan tertinggal… Indo? Boro-boro (Jangankan),” tulisnya.

Menurutnya lagi, perbezaan ketara itu sangat jelas kelihatan apabila sesebuah bangsa itu mementingkan aspek pendidikan dan mempunyai hala tuju ekonomi yang jelas, membuatkan mereka lebih sistematik.

Tak Ada ‘Drama’ Haiwan Kesakitan, Tempat Bersih & Pembungkusan Kemas

Pujian itu sebenarnya susulan daripada komen seorang lagi netizen Indonesia @elskxy yang berkongsi pengalaman menyertai atau melihat sendiri proses korban di Malaysia yang disifatkan sangat lancar dan bersih berbanding di negara mereka.

hal yg gw ga temuin di Indonesia tp di Malaysia adalah pemotongan korban dilakukan oleh profesional, bagian potongan kecil2 dan packing dilakukan di atas meja, ga ada drama hewan kurban kesakitan, jam 10 mulai, jam 12 udah pembagian daging, mana bersih dan packagingnya proper. pic.twitter.com/dxu5gdKS1X

— 🥜 inget kulitnya (@elskxy) May 27, 2026

Antara point utama yang membuatkan mereka kagum adalah sistemnya yang sangat efisien kerana proses pemotongan dilakukan oleh tenaga profesional, selain menitikberatkan kebajikan haiwan tanpa sebarang unsur ‘drama’ atau situasi di mana haiwan korban terseksa lama ketika disembelih.

Bukan itu sahaja, kebersihan di kawasan tersebut juga sangat terjaga apabila proses melapah dan membungkus (packing) semuanya dilakukan secara tersusun di atas meja, malah ia berlangsung dengan sangat laju sehinggakan proses yang bermula jam 10 pagi sudah siap sedia menjelang jam 12 tengah hari untuk dibahagikan kepada orang ramai dalam pembungkusan yang sangat kemas (proper).

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |