Uncle Roger

Pelawak, YouTuber dan usahawan yang berasal dari Malaysia, Nigel Ng atau lebih dikenali dengan gelaran Uncle Roger telah berkongsi berita gembira dengan para pengikutnya di media sosial bahawa dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Uncle Roger yang telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita warga Amerika Syarikat iaitu Sabrina Ahmed pada tahun lalu berkongsikan berita gembira itu menerusi Instagram.

3 3

Artikel Berkaitan: “Ok Jason dah keluar vid” – Pempengaruh Bagi Review Jujur Tentang Makanan Di Restoran Uncle Roger

Artikel Berkaitan: Raih Lebih Sejuta Tontonan Di YouTube, Ramai Terhibur Tengok Uncle Roger Kena ‘Sekolah’ Dengan Chef Wan

Menerusi perkongsian tersebut, Uncle Roger turut berkongsikan foto imbasan bayi.

Uncle Roger turut mengucapkan selamat tahun baru Cina dan selamat menyambut Ramadan kepada para pengikutnya di Instagram.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Uncle Roger dan isterinya.

Malah, chef popular, Gordon Ramsay juga mengucapkan tahniah kepada Uncle Roger.

4 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.