Syaz Ft 2026 03 27T120547.801

Baru-baru ini, kecoh di aplikasi Threads mengenai tindakan seorang lelaki yang memohon sumbangan orang ramai untuk membeli jubah imam baharu.

Apa yang mengundang kritikan hebat adalah harga jubah yang dipaparkan mencecah RM580, satu nilai yang dianggap terlalu tinggi untuk hasil kutipan dana awam.

Artikel berkaitan: “MashaAllah” – Netizen Terhibur Lihat Beyoncé ‘Shopping’ Di Qatar, Siap Berjubah & Berhijab

Artikel berkaitan: “Anak saya seronok nak pergi masjid” – Ibu Terharu Perubahan Anak, Ucap Terima Kasih Pada Imam Tarawih Menerusi Nota Kuning

Sedar dirinya menjadi sasaran kecaman, lelaki tersebut tidak menunggu lama untuk tampil memberikan penjelasan dan memohon maaf secara terbuka. Menurutnya, niat asalnya hanyalah untuk berkongsi rezeki dan memberi peluang kepada orang lain meraih pahala jariah.

2 2

“Niat saya hanyalah buka ruang kebaikan, bukan memaksa. Terima kasih atas teguran sahabat dan juga kepada yang telah membantu menyumbang,” tulisnya.

Menyedari tindakannya itu tidak disenangi ramai, dia mengambil keputusan drastik untuk memadam hantaran asal tersebut bagi mengelakkan spekulasi yang lebih buruk.

“Saya terpaksa delete postingan kerana saya perhatikan ramai yang tidak setuju & saya takut timbulkan fitnah.

Saya mohon maaf sekali lagi. Nanti dengan duit ni saya beli jubah & tunjuk pada sahabat semua yer,” tulisnya lagi.

Setakat ini, dia memaklumkan telah berjaya mengumpul sebanyak RM505.01 hasil sumbangan mereka yang sudi membantu.

Terdahulu, hantaran tersebut tular apabila dia mendakwa jubah lamanya sudah tidak muat dan tidak sesuai lagi dipakai untuk mengimamkan solat serta mengajar mengaji. Dia menyifatkan sumbangan tersebut sebagai ‘saham akhirat’ bagi sesiapa yang menyumbang.

1 3

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.