Pelajar Kolej Meninggal Dunia, Terkena Bilah Sabit Yang Dibawa Penunggang Motosikal

7 hours ago 4

Dalam satu kejadian yang berlaku di Teluk Intan, Perak hari ini, seorang remaja lelaki meninggal dunia selepas sebilah sabit yang berhulu panjang telah terkena pada leher penunggang motosikal yang berusia 18 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, seorang lagi rakan mangsa iaitu remaja berusia 17 tahun yang juga merupakan rakan kolej mangsa cedera ringan dan kini sedang dirawat.

Artikel berkaitan: Remaja Meninggal Dunia Selepas Ternampak ‘Hantu’ Di Bentong

Artikel berkaitan: Remaja Meninggal Dunia Sementara Menunggu Pembedahan Organ Kerana Tidak Mampu Bayar

2 lelaki warga asing ditahan

Tambah beliau, susulan kejadian itu, polis telah menahan 2 orang lelaki warga asing berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan, selain turut merampas sebilah sabit serta sebuah motosikal.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebilah sabit berhulu panjang yang dibawa seorang lelaki menaiki motosikal telah terkena pada bahagian leher mangsa, yang ketika itu juga sedang menunggang motosikal.”

Tambah Bakri, kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.

Screenshot 2026 03 10 115408

Dengan kejadian ini, satu badan organisasi bukan kerajaan, Public Health Malaysia tampil menasihati orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membawa alat tajam seperti sabit, parang, bilah sawit atau mesin rumput ketika menunggang motosikal, yang mana ia anggap satu perkara biasa.

Ramai orang nampak sabit, parang, bilah sawit atau mesin rumput dibawa dengan motosikal lalu anggap ia biasa.”

“Padahal di atas jalan raya, ruang sangat sempit, pergerakan sangat pantas, dan jarak antara nyawa dengan maut kadang-kadang cuma beberapa inci.”

649137095 1438275821673852 931288828955748664 N

“Bila motosikal berselisih, membelok, mengelak lubang atau bergoyang sedikit sahaja, objek panjang dan tajam itu boleh terhayun, terjulur, tersangkut atau terkena pengguna jalan raya lain.”

“Inilah sebabnya muatan di atas jalan raya tidak boleh dilihat sekadar dari sudut “boleh bawa” atau “selalu buat”. Soalnya ialah selamat atau tidak. Kalau barang itu tajam, panjang, berat, tidak stabil atau terkeluar dari badan motosikal, risikonya terlalu besar.”

Sumber : Sinar Harian, Public Health Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |