Sebuah bangunan sekolah di wilayah Davao del Sur, Filipina dilaporkan runtuh menyembah bumi selepas satu gempa bumi kuat melanda wilayah Mindanao pada pagi Isnin, 8 Jun 2026.
Menurut laporan portal berita tempatan SunStar Davao, insiden cemas itu berlaku di sekolah menengah Matanao National High School (Matanao NHS).
Artikel berkaitan: Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan Ketika Gempa Bumi Lemah Di Bukit Kepong
Artikel berkaitan: PETRONAS Nafi Terlibat Bekal Diesel Ke Filipina
Struktur Rosak Teruk Akibat Gegaran Kuat
Beberapa foto yang tular dari lokasi kejadian memaparkan struktur fizikal bangunan tersebut mengalami kerosakan yang amat dahsyat, di mana sebahagian besar daripada siling dan dinding konkritnya runtuh sepenuhnya akibat impak gegaran kuat berkenaan.
Kejadian yang berlaku pada waktu sesi pagi persekolahan itu sudah pastinya mencetuskan suasana panik, memaksa para pelajar dan guru bertindak pantas melarikan diri ke kawasan lapang bagi menyelamatkan nyawa masing-masing.
Menerusi video tular di Threads, dapat dilihat pelajar-pelajar sekolah berkenaan berlari menyelamatkan diri ke kawasan luas.
Rupanya Bangunan Sudah Diisytihar Tidak Selamat Sejak 2019
Bagaimanapun, di sebalik kemusnahan teruk itu, satu fakta penting telah didedahkan oleh pihak berkuasa pendidikan tempatan bagi meredakan kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan para pelajar di situ.
Menurut Superintendan Bahagian Sekolah (SDS), Lorenzo Mendoza, bangunan yang terjejas teruk dan runtuh dalam kejadian terbaharu itu sebenarnya memang sudah diisytiharkan usang (dilapidated) serta tidak selamat untuk diduduki (unfit for occupancy) sejak tahun 2019 lagi.
Keputusan mengosongkan bangunan berkenaan dibuat selepas ia mengalami kerosakan dalam siri bencana gempa bumi yang pernah melanda wilayah tersebut beberapa tahun lalu. Sesi pembelajaran bagi para pelajar dilaporkan telah dipindahkan ke blok bangunan lain yang lebih selamat sebelum struktur ini runtuh sepenuhnya pagi tadi.
Setakat artikel ini ditulis, pihak berkuasa tempatan masih lagi menjalankan pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan sekolah bagi memastikan tiada struktur lain yang terjejas, selain memantau sebarang laporan kecederaan membabitkan warga sekolah.

11 hours ago
16






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















