World Bank dengan kerjasama erat Kementerian Digital (KD) secara rasmi melancarkan Laporan Utama GovTech bertajuk “Building Malaysia’s Future Government: Unlocking Public Sector Productivity with GovTech” bagi merancakkan lagi transformasi digital dalam perkhidmatan awam negara.
Majlis yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar itu merangkumi hasil kajian komprehensif membabitkan lebih 16,500 penjawat awam daripada 28 kementerian Persekutuan.

Laporan berkenaan mengariskan 15 cadangan tindakan strategik berteraskan empat pilar utama:
-
Platform: Memperkukuh perkongsian data, mengurangkan pertindihan sistem antara agensi serta memastikan platform digital direka bentuk berdasarkan keperluan keseluruhan kerajaan
-
Warga Kerja: Membina kepimpinan serta mengasah bakat digital dalam kalangan penjawat awam
-
Dasar: Mengukuhkan tadbir urus, penyelarasan rentas kementerian yang kuat, akauntabiliti yang jelas .serta anjakan penilaian prestasi ke arah impak produktiviti dan penyampaian perkhidmatan
-
Penyertaan: Menyediakan perkhidmatan digital yang mesra pengguna dan berpusatkan rakyat
Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo menjelaskan bahawa fokus utama kini perlu beralih daripada sekadar pembinaan infrastruktur kepada pengukuhan institusi dan modal insan.
Artikel berkaitan: Anwar Lancar Malaysia Digital 2030, Fokus Jadikan Malaysia Pengeluar Inovasi AI
Artikel berkaitan: 29 Organisasi Sertai MyDigital ID, Akses Digital Lebih Selamat Untuk Rakyat
Sementara itu, Tan Sri Shamsul Azri menegaskan bahawa pendigitalan merupakan pendorong utama di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam. Inisiatif sedia ada seperti MyDigital ID, MyGovCloud, dan pelaksanaan perkhidmatan tanpa kertas bakal dinaik taraf demi menyokong aspirasi Negara AI 2030.

Pihak World Bank turut menyatakan komitmen penuh untuk membantu Kerajaan MADANI dari segi kepakaran dan latihan modal insan bagi menjayakan syor laporan tersebut.
Sumber: Kementerian Digital

19 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















