Seorang murid lelaki berusia 7 tahun meninggal dunia selepas dipercayai dilanggar oleh sebuah bas sekolah dalam satu kejadian di Jalan Bunga Raya 3, Taman Sri Lalang pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4.20 petang itu, mangsa iaitu Muhammad Umar Mohd Faaiz meningal dunia akibat kecederaan parah di kepalanya.
Artikel berkaitan: Penuntut Universiti Utara Malaysia Maut, Dilanggar Bas Kampus Ketika Sedang Tunggu Giliran Naik Bas
Artikel berkiatan: Pelajar Malaysia di Manchester Dilanggar Bas Ketika Berbasikal, Kini Koma & Kritikal
Pemandu bas pengsan

“Siasatan awal mendapati sebuah bas sekolah jenis Hino yang dipandu wanita tempatan berusia 36 tahun telah menurunkan mangsa di Jalan Bunga Raya.”
Bagaimanapun, katanya, selepas pemandu bas menurunkan pelajar terbabit, bas sekolah tersebut membelok ke Jalan Bunga Raya 3 sebelum pemandu bas itu dipercayai melanggar mangsa yang berada di sebelah kiri jalan berkenaan.

Akibat pelanggaran itu, Bahrin berkata, mangsa terjatuh di atas jalan dan mengalami kecederaan arah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Dalam pada itu, pemandu pula pengsan dipercayai terkejut apabila menyaksikan kejadian itu dan sedang menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis Daerah Kluang menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, bertimbang rasa dan mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.”
“Pemandu bas sekolah khususnya perlu memastikan keselamatan pelajar yang menaiki kenderaan mereka berada pada tahap optimum sebelum meneruskan perjalanan.”
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kemalangan tersebut diminta hubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang bagi membantu siasatan.
Sumber : Sinar Harian

17 hours ago
17































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















