Seorang pempengaruh terkenal berusia 23 tahun ditahan polis selepas dia disyaki merogol dan merakam gambar lucah seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah sewa yang terletak di Taman Kangar, Perlis.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan selepas mangsa telah membuat laporan polis berhubung dengan kejadian itu pada petang semalam.
Artikel berkaitan: “Doa saya cium di batu hajarul aswad dimakbulkan” – Pempengaruh Fatin Nabila Kembali Bergelar Isteri
Artikel berkaitan: “Saya risau keadaan dia” – Terlibat Dalam Kemalangan, Pempengaruh Kaartik Sedih Masih Belum Dapat Jumpa Isteri
Jelasnya, menerusi siasatan awal, insiden bermula sekitar jam 12.01 tengah malam pada 17 Jun lalu apabila suspek menjemput mangsa di rumahnya di Kampung Wang Kelian, Kaki Bukit dengan menaiki Proton Saga.
“Suspek kemudian membawa mangsa makan malam di sebuah restoran di Bintong sebelum membawa remaja itu ke rumah sewanya di Taman Kangar.
“Kira-kira jam 3.10 pagi, suspek mengajak mangsa masuk ke rumah sewa berkenaan sebelum merogolnya dalam bilik tidur, selain turut merakam gambar mangsa ketika insiden terbabit berlaku.”
Katanya lagi, suspek kemudian hantar mangsa pulang ke rumah sekitar jam 4 pagi pada hari yang sama. Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai kasut di Kuala Lumpur kini telah direman selama 7 hari bermula hari ini hingga Ahad untuk membantu siasatan.
“Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Kangar, Ana Rozana Mohd Nor pagi tadi. Mangsa juga sudah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar bagi menjalani pemeriksaan perubatan.”
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 5 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.
Sumber : Berita Harian

13 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















