Kuskop Ft 1

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencipta sejarah apabila menjadi kementerian pertama di Malaysia yang melaksanakan perolehan berimpak sosial menerusi kerangka Perolehan Impak Sosial Malaysia (PRISMA).

Menterinya, YB Steven Sim Chee Keong menyasarkan nilai perolehan berimpak sosial kementerian meningkat sekurang-kurangnya RM300,000 tahun ini, berbanding RM100,000 pada tahun lalu.

Yb Steven 2

Artikel berkaitan: KUSKOP Perkukuh Agenda PMKS Melalui Skim BARAKAT, Dana Hampir RM 35 Juta Diluluskan

Artikel berkaitan: KUSKOP & TNB Jalin Kerjasama Strategik Bantu PMKS Hadapi Tekanan Kos

Berikut ialah inisiatif dan kemudahan utama yang turut diumumkan:

  • Yuran Penarafan Percuma: Menerusi INSKEN, yuran penarafan Perusahaan Sosial Asas (RM50) dan Perusahaan Sosial Akreditasi (RM300) ditanggung sepenuhnya bermula 1 Ogos hingga 17 September 2026

Yb Steven 3

  • Insentif Cukai: Syarikat berstatus Perusahaan Sosial Akreditasi layak menikmati pengecualian cukai sehingga 31 Disember 2027

Yb Steven 1

  • Dana Pembiayaan RM20 Juta: KUSKOP menyediakan pelbagai skim pembiayaan, termasuk daripada SME Bank (sehingga RM500,000 pada kadar serendah 3%) serta Program SERASI oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

  • Status Semasa: Setakat ini, 649 perusahaan sosial telah menerima penarafan KUSKOP (328 Perusahaan Sosial Tunas, 253 Perusahaan Sosial Asas, dan 68 Perusahaan Sosial Akreditasi).

Steven Sim menekankan bahawa perusahaan sosial perlu dibina atas model perniagaan yang mampan dan bukannya bergantung kepada ihsan atau derma semata-mata.

Sumber: KUSKOP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.