Tular di laman Threads mengenai rakaman kekecohan yang berlaku di taman perumahan Bandar Scientex Jasin yang mendakwa terdapat suspek pecah rumah di kawasan perumahan tersebut.
Insiden bermula apabila penduduk dimaklumkan mengenai kehadiran sebuah Perodua Kancil dalam keadaan mencurigakan berlegar-legar di taman perumahan terbabit.
Susulan itu, berlaku pertengkaran di lokasi kejadian sehingga melibatkan pihak berkuasa. Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati ia hanya salah faham antara penduduk dengan sepasang suami isteri yang menaiki kereta Kancil terbabit.
Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert, kejadian berpunca daripada salah faham apabila pasangan terbabit sebelum ini tersilap alamat ketika mencari rumah pelanggan pada 8 Jun lalu.
“Kira-kira jam 5.30 petang 8 Jun lalu, seorang penduduk memaklumkan sebuah kereta Kancil dinaiki seorang lelaki dan wanita Melayu dalam keadaan mencurigakan selepas datang ke rumahnya dan meminta penghuni membuka pintu.
“Bagaimanapun, pasangan itu sebenarnya tersilap nombor rumah dan lorong ketika mencari alamat pelanggan mereka,” katanya.

Artikel berkaitan: Tolak CCTV & Tiada Kesan Umpil, Lelaki ‘Bertudung’ Disyaki Pecah Masuk Rumah Sewa
Artikel berkaitan: Lelaki Pakai Boxer Dicekup Cuba Pecah Rumah Orang Jam 5 Pagi
Jelas beliau, wanita itu merupakan seorang bidan yang mengambil upah mengurut wanita selepas bersalin dari rumah ke rumah.
Namun, pada jam 8.20 malam tadi, kereta yang sama sekali lagi dilihat berada di hadapan sebuah rumah di kawasan berkenaan sebelum beberapa penduduk menghampiri kenderaan itu.
Katanya, ketika itu lelaki terbabit berada di dalam kereta manakala isterinya sedang menjalankan perkhidmatan urutan kepada seorang wanita yang baru bersalin di dalam rumah pelanggan.
“Lelaki tersebut diminta keluar dari kenderaan sebelum berlaku pertengkaran mulut yang menyebabkan orang ramai mula berkumpul di lokasi,” jelasnya.
Beliau memaklumkan perbincangan secara baik telah dibuat di antara pihak terlibat. Setelah diterangkan perkara yang berlaku, hanyalah salah faham dan semua pihak telah bermaafan.
Sumber: Berita Harian

10 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















