“Perbuatan paling tidak berperikemanusiaan!” – Remaja 15 Tahun Diperk*sa Bergilir-gilir 27 Lelaki

14 hours ago 17

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun berdepan detik hitam apabila dia menjadi mangsa pemerkosaan berkumpulan oleh 27 lelaki.

Perbuatan menjijikkan itu menggemparkan Kabupaten Sampang, Madura, Jawa Timur di Indonesia.

Ketua Polis Daerah Sampang, Asisten Komisioner Hartono berkata, jenayah seksual itu berlaku secara berturutan sebanyak enam kali dalam tempoh antara Februari hingga Jun tahun ini.

Tindakan kejam itu berlaku di tiga wilayah mukim iaitu Mukim Sampang, Omben, dan Camplong dengan mengambil kesempatan atas kelemahan mangsa. Mangsa yang tidak berdaya terus dieksploitasi secara berulang kali.

“Perbuatan paling tidak berperikemanusiaan berlaku pada Jun lalu, iaitu antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi yang dilakukan bersama 10 lelaki,” katanya.

Tragedi malang ini mula terbongkar selepas pihak keluarga berasa curiga dengan perubahan drastik rutin harian mangsa yang kerap pulang lewat malam hingga menjelang pagi.

Selepas keluarga mangsa membuat aduan, polis memburu suspek dan hasil siasatan mendapati 27 pelaku dengan seramai 12 daripadanya sudah diberkas.

“Mereka berusia antara 13 dan 42 tahun. Seramai 15 lagi suspek masih diburu pihak berkuasa. Mangsa tidak mengenali kesemua pelaku tersebut,” katanya.

Screenshot 2026 07 15 153948

Artikel berkaitan: Lagi Kes Pelajar Sekolah Terlibat Dalam R*gol Beramai-ramai, Siap Sebarkan ‘Video’

Artikel berkaitan: “Ini namanya kawan-makan kawan” Suami Tetak Jiran Sampai Mati Sebab Perkosa Isteri Dalam Rumah

Pelaku ada group WhatsApp

Siasatan terkini polis mendapati pelaku sempat menubuhkan satu group WhatsApp yang dipercayai digunakan sebagai medium komunikasi.

Bagaimanapun, selepas polis mula menahan suspek, sebahagian besar ahli kumpulan WhatsApp itu bertindak keluar dengan serta-merta.

Kewujudan group itu menjadi antara petunjuk yang membantu penyiasat mengesan pembabitan pelaku lain sehingga jumlah suspek terus meningkat.

Memandangkan masih terdapat 15 pelaku lain yang melarikan diri dan berstatus buruan, Hartono mengeluarkan amaran terakhir supaya mereka menyerahkan diri secara sukarela dan tidak berkompromi untuk mengambil tindakan tegas.

Sumber: Harian Metro, Detik News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |