Syaz Ft 2026 04 27T111850.805

Siapa sangka niat nak pergi bercuti berakhir dengan ujian yang cukup berat buat pasangan dari Kota Kinabalu, Sabah ini.

Menurut laporan Astro Awani, percutian Mohd Jamri Herry, 40, dan isterinya, Rohana Joseph, 34, ke Ho Chi Minh bertukar duka apabila si isteri diserang sawan secara tiba-tiba dan kini masih koma di ICU Hospital Nhan Dan Gia Dinh, Vietnam.

Artikel berkaitan: Tiba-tiba Rebah & Koma 5 Hari, Lelaki Tersedar Selepas Dapat ‘Voicenote’ Dari Siti Nurhaliza

Artikel berkaitan: Selepas 20 Tahun Koma, ‘Putera Tidur’ Arab Saudi Mangkat

681877438 1710191160347179 6752597943258535620 N

“Isteri sihat, tak tunjuk tanda sakit…”

Apa yang lebih menyedihkan, serangan sawan tu berlaku kira-kira jam 4 pagi pada Selasa lalu—betul-betul beberapa jam sebelum mereka dijadualkan pulang ke tanah air.

“Sepatutnya nak bertolak ke lapangan terbang jam 8 pagi kerana penerbangan 1 tengah hari, tapi tak jadi sebab isteri masuk hospital.

Mungkin Allah swt takdirkan saya ikut sama untuk ada dengan isteri waktu dia memerlukan,” katanya.

Menurut Jamri, sepanjang percutian dari 16 hingga 21 April itu, isterinya nampak sihat walafiat dan langsung tidak mengadu sakit kepala atau apa-apa simptom pelik.

Selain berdepan ujian berat melihat isterinya yang masih koma, Jamri kini bimbang memikirkan kos perubatan yang kian meningkat di luar negara. Status sebagai warga asing menyebabkan kos kemasukan ke ICU di sana mencecah jumlah yang besar, sekali gus meletakkan beliau dalam dilema kewangan.

Satu-satunya jalan yang Jamri nampak sekarang adalah membawa isterinya pulang ke tanah air untuk meneruskan rawatan meskipun berdepan risiko terbangkan pesakit.

“Pihak hospital tiada halangan. Cuma saya sebagai suami dan waris kena tanggung risikonya. Saya sedia dengan segala kemungkinan asalkan isteri dibawa pulang,” luahnya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bagi yang ingin membantu Jamri boleh salurkan sumbangan ke 7079522163 (CIMB) atas nama Mohd Jamri Herry.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.