Traz Ft

Syarikat kenderaan kompak negara, Perodua, melangkah lebih jauh apabila rasmi mengeksport model terbaharunya, Traz, bersama MPV popular Alza ke pasaran Sri Lanka.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad memaklumkan bahawa Sri Lanka merupakan antara pasaran eksport terbesar Perodua dengan rekod jualan melebihi 20,000 unit sejak 1997.

99Ef9B01 Be83 4318 Afca 72F34935126D

Syarikat itu kini mengeksport model siap pasang (Completely Build-Up) ke enam buah negara—Brunei, Fiji, Mauritius, Bangladesh, Papua New Guinea, dan Sri Lanka—selain mula mengeksport kenderaan Pre-Owned Vehicles ke Timor Leste tahun ini.

Artikel berkaitan: Pelajar UiTM Berusia 22 Tahun Menang Hadiah Utama Cabutan Bertuah, Bawa Balik Perodua Myvi

Artikel berkaitan: Perodua Perkenal C2, Kereta Konsep EV Baharu Inspirasi Generasi Masa Depan

Berikut ialah info penting mengenai penawaran Perodua di Sri Lanka:

  • Harga Pengenalan Traz (50 Pembeli Terawal): Rs. 19,950,000 / RM243,090 (dengan aksesori) dan Rs. 19,200,000 / RM233,957.23 (tanpa aksesori)

Screenshot 2026 07 28 At 2.31.21 Pm

  • Harga Perodua Alza: Dijual pada harga Rs. 19,950,000 (RM243,090) termasuk cukai

Alza

  • Kepercayaan Pasaran: Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, United Motors Lanka PLC, Mr Chanaka Yatawara berkata rekod jualan hampir 3,000 unit kenderaan Perodua sejak sekatan import ditarik balik pada 2025

Untuk rekod, Perodua Traz yang dilancarkan pada Disember 2025 membawa slogan ‘Engineered Simplicity’, manakala Alza yang dilancarkan pada 2022 terus mendominasi pasaran tempatan dengan pendaftaran 19,504 unit bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini sahaja.

Sumber: Perodua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.