Anak Ako Mustapha Dibuli

Pelakon Ako Mustapha berasa berang apabila mendapati anak lelakinya, Mikael Iskandar yang baru berusia 10 tahun mengalami kecederaan di badan selepas didakwa dibuli di sekolah.

Menerusi perkongsian Ako di Threads, anaknya dikatakan dibuli oleh pelajar senior dan rakan sekelas dengan kesan tumbukan serta pijak pada bahagian badan.

“Hari ini marah sangat-sangat… anak saya Mika kena buli di sekolah oleh lima pelajar termasuk tiga pelajar senior dan rakan sekelas

“Pada bahagian perut ada kesan tapak kasut dan tumbukan. Saya sudah buat laporan polis,” katanya yang dipercayai kejadian itu berlaku semalam.

Screenshot 2026 04 22 105845

Menurut Ako, perkara itu diberitahu sendiri oleh Mikael kepadanya sebelum melaporkan perkara tersebut kepada guru kelas dan pihak berwajib.

“Balik dari sekolah Mika mandi dan beritahu dia kena buli. Kemudian bila keringkan badan dia, saya perasan pada bahagian perut ada kesan tapak kasut dan tumbukan.

“Terus saya soal siasat Mika dan dia pun cerita satu-satu. Semua gambar dan video saya ambil iaitu kesan di bahagian perut serta hantar kepada guru kelasnya,” katanya lagi.

Artikel berkaitan: “Sudah terima 5 laporan” – Kes Buli Anak Tam Spider, Polis Buka Kertas Siasatan

Artikel berkaitan: “Saya pernah jumpa dia sekali sahaja” – Mia Sara Tampil Bersihkan Nama, Nafi Pernah Buli & Hina Puteri Balqis

Ako memaklumkan anaknya mengadu sakit di bahagian perut dan dada sebelum bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Dalam masa sama, dia menyatakan pihak sekolah telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan guru kelas memberikan kerjasama untuk menjalankan siasatan lanjut.

Screenshot 2026 04 22 105639

Dalam perkembangan terkini, Ako memaklumkan anaknya masih lagi ditahan di hospital dan berharap tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.