Kerajaan memperkenalkan Program Sokongan Industri dan Perniagaan Rakyat (SINAR) bernilai RM205 juta bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menghadapi cabaran semasa susulan Krisis Bekalan Global (KBG) akibat konflik di Asia Barat.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, program baharu di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi SME Corp. Malaysia itu akan dibuka untuk permohonan bermula Jun 2026.

Melalui SINAR, PMKS akan menerima bantuan kewangan dan bukan kewangan bagi membantu mengekalkan aliran tunai, meneruskan operasi serta meningkatkan daya tahan perniagaan dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
Antara inisiatif yang ditawarkan termasuk:
- Tiga program pembiayaan dengan jumlah sehingga RM5 juta
- Kadar keuntungan atau faedah antara 3% hingga 5% setahun
- Kerjasama bersama Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), microLEAP PLT dan Funding Societies

Selain itu, Program Penskalaan Perniagaan Inklusif turut diperkenalkan dengan geran sehingga 90% kepada PKS yang mengintegrasikan komuniti inklusif dalam rantaian bekalan mereka, selain membantu perusahaan mikro meningkatkan kemahiran bagi mempercepat transformasi perniagaan.
Artikel berkaitan: KUSKOP & TNB Jalin Kerjasama Strategik Bantu PMKS Hadapi Tekanan Kos
Artikel berkaitan: KUSKOP Perkukuh Agenda PMKS Melalui Skim BARAKAT, Dana Hampir RM 35 Juta Diluluskan
Bagi memudahkan permohonan, PMKS hanya perlu mendapatkan Status PMKS sebagai pengesahan rasmi perniagaan. Diskaun 50% bagi permohonan Status PMKS turut ditawarkan dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2026.
Menurut Steven Sim, inisiatif itu diwujudkan bagi membantu usahawan yang berdepan peningkatan kos operasi dan ketidaktentuan pasaran akibat perkembangan geopolitik serta geoekonomi global.
Sumber: Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

9 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















