Polis Sahkan Remaja Dit*mpar Alami ‘Soft Tissue Injury’, Siasatan Lanjut Sedang Dijalankan

16 hours ago 11

Polis mengesahkan bahawa seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang menjadi mangsa tamparan ketika sedang beratur membeli roti di Pasar Seni mengalami kecederaan jenis “soft tissue injury nasal lesion”.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam memaklumkan bahawa kecederaan tersebut disahkan oleh doktor selepas mangsa, Ferhann Nasir Mohd Isa, mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan: Tular Video Wanita Dit*mpar & Dip*kul Suami Di Tempat Awam Di Melaka

Artikel berkaitan: Pertahan Menantu, Lelaki Tawar Ganjaran RM3.8k T*mpar ‘Penyondol’ 10 Kali

Menurut beliau, insiden yang berlaku sekitar pukul 1.30 tengah hari itu melibatkan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 40-an yang telah menampar mangsa sekali di bahagian muka.

“Mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian hidung,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian selepas menuduh mangsa memotong barisan ketika membeli roti. Bagaimanapun, hasil keterangan menunjukkan mangsa sebenarnya merupakan pelanggan pertama yang hadir di kedai berkenaan dan tiada individu lain berada di kaunter ketika tempahan dibuat.

1 2

Kes tersebut kini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia bagi tindakan lanjut.

Dalam pada itu, satu akaun Threads yang sebelum ini mencari pelaku tersebut bagaimanapun menjelaskan bahawa insiden itu sudah pun diselesaikan selepas suspek difahamkan sudah meminta maaf.

2 1

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |